11 Pakaian Terbaik Kontijen Sukan SEA 2017 Mesti Tengok!

Acara pembukaan Sukan SEA ke 29 malam tadi cukup mendapat perhatian. Mana tidaknya para atlet kelihatan cukup cantik dan segak dengan pakaian mewakili negara masing-masing.

Antara yang mendapat pujian adalah pasukan Malaysia. Pemilihan pakaian ini juga membuatkan ramai netizen memuji dan melahirkan rasa gembira mereka melihat ‘orang-orang penting’ menyarung pakaian kebangsaan, baju kurung dan baju Melayu sepanjang perarakan tersebut.

Dan inilah dia ? wira2 negara , kontinjen Malaysia ?? Rise up and beat the rest !

A post shared by SUKAN SEA KUALA LUMPUR (@seagame_kl17) on

Tampil berani dengan menggunakan warna biru dan merah yang telah diinspirasikan daripada warna bendera Jalur Gemilang, kesemua atlet kelihatan penuh bersemangat.

Bukan itu sahaja, kontijen lelaki turut menyarungkan songket kebanggaan negara dan buat kontijen perempuan pula mereka melengkapkan pakaian dengan kegunaan selendang di bahu.

Hasil rekaan Cosry, pereka pakaian terkenal tanah air, kontinjen kelihatan gagah dan kuat bagaikan seorang ‘pahlawan’ yang bersedia berjuang untuk merebut gelaran juara sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada semua rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan 10 buah negara lain juga turut mendapat perhatian dengan pakaian kontijen mereka yang melambangkan semangat kesukanan dan patriotik.

1. Brunei

Atlet dan pasukan negara telah diketuai oleh Chef de Mission, Yang Mulia Pengiran Anak Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim ini kelihatan sungguh segak dengan berpakaian blazer hitam dan kemeja putih sambil mengibar bendera Brunei.

Buat atlet lelaki, mereka mengenakan tali leher biru bercorak seragam cukup membuatkan mereka kelihatan segak. Manakala atlet perempuan pula mengenakan tudung rona kelabu bercetak.

 

2. Kemboja

Negara yang terkenal dengan gelaran Mutiara Asia ini pula tampil berani menggunakan rona ungu terang yang memberi mood cukup ceria dengan diwakili 160 atlet.

Jika atlet lelaki kelihatan segak dengan pakaian ala kemeja dan seluar slack hitam, buat wanita pula mereka kelihatan sangat manis dengan mengenakan pakaian ala baju kebangsaan dengan menggunakan kain material sutera.

 

3. Indonesia

IKLAN

Negara serumpun ini pula telah memperagakan pakaian formal dengan memakai sut hitam putih dan seluar rona cream. Malah atlet yang menyertai perbarisan ini juga turut memakai mafla negaranya di leher demi mendapat aura dan semangat kenegaraan.

 

4. Laos

Nampak sungguh suci dan bersih apabila negara yang disamaertikan dengan ‘Negeri Seribu Gajah’ ini masuk ke tengah stadium dengan perarakan baju kemeja lengan panjang berwarna putih dan sarung seluar warna hitam buat kontijen lelaki .

Manakala perempuan pula mereka nampak cukup unik dengan sarungan kain batik yang dipercayai merupakan kebanggaan negara mereka. Malah mereka juga kelihatan sangat kemas dengan ikatan sanggul yang cukup rapi.

Dalam masa yang sama, ada beberapa atlet yang menyarung baju sukan rasmi negara mereka yang berwarna biru yang diilhamkan melalui bendera mereka.

 

5. Myamar

Seramai 200 atlet yang hadir, rata-rata mereka mengenakan kemeja biru dan disarungkan pula dengan blazer rona cream serta dipadankan dengan seluar slack rona hitam.

Berbeza pula dengan kontijen wanita, mereka menyarung kemeja-t bercorak belang kelabu dan disarungkan juga dengan blazer rona cram bagi menyeragamkan pemakaian mereka.

Sungguh pun begitu, Kontijen wanita turut mengenakan kain songket Myamar atau lebih dikenali sebagai Royal Songket.


 

6. Filipina

Agak berbeza jika dibandingkan dengan negara lain, Filipina kelihatan sangat kasual dengan pemakaian t-shirt polo berkolar rona biru sebagai tanda perpaduan rakyat bersama.

Mereka turut mengenakan seluar rona putih cukup membuatkan mata-mata yang di stadium terkunci melihat perarakan mereka.

 

7. Singapura

Jiran terdekat melangkah masuk dengan penuh yakin bersama persalinan formal kemeja putih, blazer merah dan seluar slack warna coklat sebagai simbolik warna bendera mereka.

Malah semua kontijen juga turut menggunakan tali leher rona biru gelap sebagai pelengkap gaya.

IKLAN

 

8. Thailand

So Sleek and classy itu yang boleh MH Online katakan melihat pakaian kontijen dari Thailand. Nampak ala Men in black, semua atlet yang terlibat dalam perbarisan mengenakan kemeja putih dan sarungan sut hitam.

 

9. Timor Leste

Jika lelaki mengenakan sut hitam dengan kemeja merah serta sedikit sentuhan kuning dengan menggunakan mafla di leher, mengikut tema bendera. Kontijen perempuan pula mengenakan sut hitam bersama mini skirt paras atas lutut ala pramugari.

Malah sebahagian mereka turut mengenakan t-shirt polo sukan rasmi bersama seluar track shoot yang membuktikan mereka sudah bersedia untuk beraksi.

 

10. Vietnam

Sama seperti negara-negara yang lain, mendapat inspirasi daripada bendera negara masing-masing, Vietnam juga mengenakan pakaian seragam formal mengikut warna kebangsaan mereka buat kontijen yang terlibat.

Namun sedikit berbeza, ada sesetengah kontijen wanita pula kelihatan cukup banga menyarungkan pakaian rasmi kebangsaan mereka sepanjang perarakan.


Apa pun MH Online puji kesemua pakaian kontijen yang bertanding. Cantik dan bergaya.

Ini dia Siaran Live di Facebook upacara pembukaan Sukan SEA 2017…