1 Mei lalu mungkin merupakan hari pekerja buat seluruh rakyat Malaysia namun begitu, buat peminat kumpulan dari Korea Selatan, MXM, ia merupakan hari yang bermakna buat mereka.

Grup tersebut buat julung kalinya hadir ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat-peminat untuk satu program ‘fan-meeting’.

Dibawakan oleh IME, ‘fan-meeting’ tersebut berlangsung di Pusat Konvensyen HGH bermula jam 6 petang.

Di sini, MH nak ‘share’ 10 perkara menarik berlaku semasa ‘fan-meeting’ tersebut.

10 Perkara Menarik Semasa Fan-Meeting MXM

1.Lebih kurang 1000 orang hadir di ‘fan-meeting’ tersebut.

IKLAN

2. MXM terkejut apabila peminat berebut menjawab soalan berkaitan grup mereka. Mereka tidak sangka bahawa kumpulan itu turut dikenali di Malaysia.

3. Peminat diberi kesempatan untuk bertanyakan kepada idol kesayangan mereka menerusi ‘post-it note’ dan dipilih secara rambang untuk dijawab oleh MXM.

4. MXM sempat menghiburkan peminat dengan 8 lagu hits mereka dan juga ada 4 pemainan interaksi bersama peminat.

5. Peminat ajar mereka bahasa Malaysia. Antara ayat dipelajari adalah ‘Saya sayang awak’ dan ‘Lekluuu’.

IKLAN

10 Perkara Menarik Semasa Fan-Meeting MXM

6. Turut mempelajari cara memakai samping iaitu pakaian tradisional kaum melayu.

7. Sempat juga buat koreografi ringkas untuk lagu tradisional ‘Rasa Sayang’. Peminat juga dapat mempelajari koreografi untuk lagu ‘Diamond Girl’.

IKLAN

8. Peminat memberi kejutan pada MXM apabila membuat video khas buat mereka. Tamat sahaja video tersebut, fans turut mengangkat sepanduk ‘thank you for coming’ kepada mereka.

10 Perkara Menarik Semasa Fan-Meeting MXM

9.Ternyata MXM kelihatan terkejut dan terharu dengan ‘fan-project’ tersebut.

10. Turut hadir pada malam itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Pengurusan MXM, Rhymer untuk memberikan sokongan.

MH yakin, mesti malam itu merupakan malam terindah buat peminat-peminat yang hadir.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI