Pelakon Amerul Affendi memilih untuk tidak menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan mahu beri fokus juga terhadap bidang pertanian dan penternakan di kampung.
Menurut Amerul, keputusan tersebut harus dibuat memandangkan situasi industri lakonan masa kini seakan-akan tidak memihak kepadanya.
Malah, dia juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pemain industri yang disifatkan lebih mementingkan populariti di media sosial berbanding ilmu dan bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.
“Isu melibatkan followers ini, mula saya suarakan pada dua tahun lepas. Sejujurnya saya memang agak terasa. Saya rasa seperti apa guna saya belajar di Akedemi Seni Kebangsaan (ASK) dahulu selama tiga tahun, berhabis masa dan duit tetapi bila nak keluar bekerja yang dinilai adalah jumlah followers.
“Kerana itulah saya ambil keputusan untuk tidak menjadikan lakonan ini kerjaya utama sebaliknya hanya sebagai hobi. Disebabkan itu saya pulang ke kampung untuk mengusahakan bidang pertanian dan penternakkan.
Ads
“Kemudian, bila saya dah ambil keputusan tersebut, saya tak bergantung harap lagi pada kerjaya lakonan untuk menjana pendapatan,” katanya kepada MH.
Amerul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Malah, bintang berusia 35 tahun ini turut menyifatkan segelintir penggiat seni di negara ini dilihat seperti masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam soal royalti dan kelompangan kontrak.
Ads
“Sewaktu tempoh PKP lalu, ramai pemain industri yang mula sedar cara kerja kita sebelum ini tak berapa betul. Stesen tv kerap ulang tayang karya-karya kita tapi kita tidak dapat apa-apa pun.
“Ramai sebenarnya yang sedar mengenai situasi ini. Malah, ada juga yang mempersoal peranan yang dimainkan stesen tv dalam membantu orang-orang industri yang tengah susah pada ketika itu.
“Sekarang ini, kita kena lihat balik terma-terma kontrak kita selama ini. Bila kita dah fight mengenai isu ini dan ada producer berjaya dapatkan ‘intellectual properties’ tetapi masalah lain pula timbul apabila produser-produser ini pula bersikap seperti stesen tv.
“Mereka tak nak bayar royalti. Sekurang-kurangnya bagilah sedikit atas usaha dan penat lelah mereka. Satu peratus atau 0.01 peratus pun dah memadai untuk penggiat seni ini dapat meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Amerul kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Prebet Sapu.
Prebet Sapu menceritakan mengenai kisah kepayahan dua orang anak muda untuk mengubah nasib hidup mereka di ibukota, Kuala Lumpur.
Selain Amirul, filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon, Mei Fen Lim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah mengadakan sesi soal jawab bersama para pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram.
Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.
Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.
“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan. “Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Siksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.
“Tapi perlahan-perlahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran 21 Disember tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulong yang diberi nama Raja Ulhan.
Raja Ulhan telah selamat dilahirkan secara pembedahan pada 8 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Shima Anuar berkongsi fotonya yang kini hamil lapan bulan.
Foto tersebut melihatkan Shima mengenakan midi dress corak harimau bintang dan digayakan dengan kardigan berwarna kelabu.
“Feeling2 tengah panas dengan perut buncit. Hihi why not!
“Sebab baju ni pun selesa sangat. Where to get this maternity dress..? Just go to @9months_maternity ok mommies? More choices there. Have a good day everyone! 💋 #8monthspregnant,” tulisnya sambil bergambar di bawah panas matahari terik.
Di kala rakyat sedang berduka dengan penyebaran wabak COVID-19, Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyanyi Mya Ruslee yang popular menerusi lagu Matahari.
Difahamkan Mya yang lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia akibat penyakit kanser dan baru sahaja pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.
Berita tersebut telah disahkan teman baiknya, Haiza dan Ieda Moin.
Malah penyanyi Azharina turut menyatakan berita sama.
Maya atau nama sebenarnya Myanaliza binti Ruslee meninggal dunia pada usia 44 tahun dan pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima.
Terdahulu arwah pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman solo pada penghujung tahun 2020.
Mya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 namun berpisah pada Ogos 2015.
Rakan artis turut memberi penghormatan terakhir bersama bacaan Al-Fatihah.
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.