Ads

Wow One Republic Datang Malaysia April Ini, Buat Konsert!

Wow! MH lihat tahun ini kita bakal didatangi banyak selebriti-selebriti hebat luar negara seperti Incubus, John Legend, Bruno Mars, Lany, Dua Lipa dan tentunya One Republic!

MH difahamkan bahawa kali terakhir kumpulan tersebut ke Malaysia adalah 5 tahun lalu dan bakal ke tanah air sebagai sebahagian ‘pit-stop’ untuk konsert jelajah Asia mereka.

Berita tersebut disahkan oleh penganjur, WGW Entertainment bahawa konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 25 April ini.

Wow One Republic Datang Malaysia April Ini, Buat Konsert!

Ads

Buat masa ini, hanya tarikh sahaja yang diumumkan, sebarang info lanjut akan diumumkan kemudian.

Kumpulan tersebut dikenali dengan lagu-lagu hits mereka seperti ‘Apologize’, ‘Stop and Stare’, ‘If I Lose Myself’ dan ‘Counting Star’.

Ads

Dalam pada itu, konsert jelajah tersebut turut berperanan untuk mempromosikan album keempat dan terbaru mereka ‘Oh My My’ yang kini sedang menduduki carta di Amerika Syarikat.

Sementara itu, kumpulan ini juga sudah tercalon serta memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik seperti Grammy’s, America Music Award dan Billboard Award.

Ads

Wow One Republic Datang Malaysia April Ini, Buat Konsert!

Anda mungkin berminat dengan

Tidak dinafikan, MH sendiri pun ‘layan’ dengan lagu-lagu mereka ini. Tak sabarnya untuk tengok persembahan live mereka nanti kan?

Kepada para peminat, MH nasihatkan dah boleh kumpul duit untuk lihat kumpulan ‘favourite’ korang di atas pentas Live ya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Nurhaliza Terlibat Kemalangan, Alami Lebam Dan Bengkak

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang Khamis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Menurut pengurusnya iaitu...
error: Hello. Cannot.