Baru-baru ini salah sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China telah melancarkan bilik menunggu buat para suami sementara isteri mereka shopping.
Bilik menunggu ini dilihat sangat menyeronokkan kerana di dalamnya terdapat kerusi urut, konsol permainan komputer dan TV. Namun dikatakan ianya akan dikenakan caj bagi tempoh tertentu.
Penyelenggara, Zhou Jun berkata, selalunya kaum lelaki akan berasa bosan menunggu isteri masing-masing jadi mereka menyediakan bilik ini untuk para suami berehat.
“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, justeru kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.
Zhou Jun berkata lagi, caj yang dikenakan untuk setengah jam adalah 20 yuan bersamaan RM13 dan bagi tempoh satu jam pula caj yang dikenakan adalah 30 yuan iaitu bersamaan RM19.
Menurut sumber, sejak bilik ini dilancarkan ianya mendapat sambutan yang baik daripada kaum lelaki malah kaum wanita juga menyambut baik idea ini.
Wah memang seronok lah para suami lepas ni dapat berehat sambil menanti isteri habis membeli-belah. Si isteri pun dah tak perlu bimbang lagi suami bosan kerana terpaksa ikut shopping.
Sumber: The Paper
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Impian Dah Tercapai Kecuali…,”- Beby Tora Tora Titip Doa & Impian Miliki Rumah & Anak Sendiri
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-23 tahun, bintang Instafamous Beby Tora Tora pasang impian untuk memiliki rumah dan anak.
Menerusi entri terkini Beby atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie di Instagram, dia mengakui hampir semua impiannya sudah tercapai namun masih berpeluang untuk memiliki rumah dan anak sendiri.
“happy birthday to me yang ke 23 tahun ..smua impian dh tecapai kcuali 2 benda jaa …
*rumah sendiri *anak sendiri,” tulisnya.
Meski tidak memilik rumah dan anak sendiri, Beby meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang yang sentiasa menyayangi dirinya.
“moga tahun depan Allah makbulkan doaku amin sntiasa besyukur dngn apa yang dikurniakan dn dikelilingi orang yg trsayang #sorrytakdagambabaruhehe,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Melihat diruangan komen, peminat mendoakan agar Beby dikurniakan cahaya mata dan bahagia selalu bersama suami.
Untuk rekod, Beby mendirikan rumah tangga bersama Apit Johari pada 11 Mac 2019.
Foto: Instagram Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nenek Nyonya Pulau Pinang, Bapa Saya Cina tempatan. Sementara Datuk Dan Ibu Pula…,” – Heroin Nyonya Ronggeng, YingLi Tan Membesar Dalam Pelbagai Budaya
Pelakon dan model yang kini bergelar penerbit, YingLi Tan mengakui penglibatannya dalam dunia lakonan di negara luar akhirnya memberi inspirasi buat dirinya untuk menghasilkan sebuah filem yang menonjolkan kekayaan budaya negara sendiri.
Katanya, dia membesar dalam kerukunan budaya yang pelbagai dan percaya, ia perlu ditonjolkan kepada masyarakat luar.
“Saya terlibat dalam pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997 dan mewakili negara ke Miss Chinese International.
“Kemudian saya mulai berjinak-jinak dalam drama di bawah produksi Hong Kong dan China. Akan tetapi pada waktu itu saya sedikit gementar kerana masih lagi muda dan buat keputusan untuk pulang ke tanah air.
Saya sambung pengajian dan mula berlakon dalam produksi tempatan sebelum kembali ke China untuk teruskan kerjaya lakonan di sana, termasuk di Singapura,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauhmana perkembangan kerjaya lakonannya di negara orang, figura tinggi lampai ini akui lebih selesa terlibat dalam naskhah drama.
“Lebih banyak buat drama dan terkini saya baru sahaja selesai membintangi sebuah drama produksi China,” jelasnya.
“Saya sudah lama berlakon, namun saya terfikir apa yang boleh saya lakukan selepas ini. Jadi sebagai produser, saya nak hasilkan sebuah filem yang jarang diketengahkan.
“Misalnya kalau diminta untuk terlibat dalam filem berbahasa Melayu secara total, rasanya lebih ramai pengarah dan penerbit di luar sana yang lebih arif.
“Jadi mengapa tidak untuk saya ketengahkan mengenai kaum Cina tempatan kita yang bukannya masyarakat Cina dari Tanah Besar dan yang paling dekat dengan masayarakat Malaysia ialah baba nyonya.
“Nenek saya ialah nyonya asal Pulau Pinang, bapa saya ialah Cina tempatan. Sementara datuk saya pula dari Tanah Besar dan ibu saya dari Thailand.
“Jadi saya membesar dalam budaya yang berbeza-beza dan bertemu dengan rakan-rakan berbilang kaum yang lain.
“Sebab itulah tercetusnya idea untuk ketengahkan budaya yang ada di Malaysia. Filem ini sangat istimewa. Kami cuba tonjolkan itu dari segi kostum, makanan selain elemen drama juga. Kami nak orang luar tahu akan kekayaan budaya di sini,” terang YingLi optimis.
Menariknya juga, Nyonya Ronggeng yang merupakan sebuah naskhah skala besar dari ZLK Productions bakal mencipta sejarah apabila melaburkan RM2.8 juta bagi membina semula rumah agam berkonsepkan Baba dan Nyonya.
Banglo yang dibina di Jalan Inai, Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu dijangka siap penghujung bulan ini.
Penerbitnya, Datuk Seri Dr K C Lee berkata, ia dibina bagi menampilkan budaya Baba dan Nyonya mengikut acuan sebenar menerusi medium filem, sekali gus membuka mata masyarakat luar mengenai kebudayaan masyarakat majmuk di negara ini.
Filem yang menelan kos RM6 juta itu turut menampilkan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin selaku pengarah.
YingLi Tan dan aktor Steve Yap diumumkan sebagai pendukung utama sementara penggambarannya di jadual bermula September depan.
Pada masa sama, pihak produksu akan menjalankan sesi uji bakat bagi mencari pelakon dari luar negara seperti Jepun, China dan Thailand bagi melengkapkan jalan cerita filem ini.
Ia mengisahkan pengorbanan wanita bernama Rose, keturunan Baba dan Nyonya yang ingin menumpang kasih sayang daripada seorang jejaka.
Namun, kehadirannya mendatangkan kebencian ahli keluarga lelaki yang dicintai, hanya kerana dia seorang penari ronggeng.
Perjalanan hidup Rose dipaparkan secara berkala dengan latar belakang beberapa kejadian dari 1942 hingga penghujung 1970-an seperti pembunuhan beramai-ramai Sook Ching, kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 dan Tragedi 13 Mei 1969.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia
Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi hantaran terkini di laman Instagram malam tadi.
Zarina yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, bapanya itu meningal dunia ketika di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan taraweh secara berjemaah.
Katanya lagi, arwah dilaporkan rebah ketika sedang menunaikan solat sunat.
“Assalamualaikum, saya baru dapat khabar berita daripada Kuching, ayahanda saya, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ketika berada di masjid sewaktu ingin menunaikan solat Isyak dan tarawih.
“Dia rebah pada solat sunat Isyak. Mohon kalian doakan untuk abah saya,” katanya di Instagram.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini juga berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat arwah bapanya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa sebak selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zarina.
“Takziah dik. Pemergian yang sangat indah. Di masjid, ketika solat, malam Jumaat, 27 Ramadan. Allahuakbar. Seperti gambaran arwah merupakan insan terpilih,” balas pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi.
“Ayahanda dijemput pada malam 27 Ramadan. Dalam wudhu nak solat dalam masjid. Moga Allag tempatkan arwah bersama para nabi dan solohin,” kata penyanyi, Salima Habibi.
“Takziah akak dan keluarga. Sabar ya,” kata penyanyi dan pengacara, Nadia Hasnan.
“Be strong dear,” balas penyanyi Noryn Aziz.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga arwah bapa Zarina ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga Zarina sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan berat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Video: Instagram Sharifah Zarina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI