Dapat bersembang di satu meja makan sewaktu Sidang Media Abang Nak Tegur bercerita tentang perkembangan terkini Nur Sajat memang membuatkan kami semua terfikir bertapa kuatnya semangat sajat untuk terus berada di dalam industri.

Walaupun dunia glamour dan hiburan bukanlah keutamaannya namun untuk memperluaskan pasaran serta perniagaan Sajat terpaksa mengambil risiko terjun ke bidang ini.

Sempat MH bincangkan tentang isu vokalis kumpulan SHINEee yang ditemui mati bunuh diri akibat kemurungan.

IKLAN

Sering Menjadi Mangsa Kecaman? Sajat Beri Tip Untuk Terus Kebal!

Melihat pelbagai kontroversi yang terpalit dengan namanya sejak akhir-akhir ini, MH sempat meminta pandangan Sajat tentang isu ini dan tertanya-tanya bagaimana Sajat boleh terus bersabar walau dikecam dengan pelbagai kata keji.

IKLAN

Sajat akui perkara seperti itu tidak mustahil berlaku, adakalanya tomohan netizen boleh membuatkan seseorang yang menjadi mangsa ‘hilang kawalan diri’ kerana tertekan, malah lebih menarik Sajat menganggap perbuatan keyboard warrior ini sebagai salah satu cara baru ‘menyantau’ seseorang untuk terus rasa ‘down’ dan putus harapan dengan cara yang cukup moden.

IKLAN

Sering Menjadi Mangsa Kecaman? Sajat Beri Tip Untuk Terus Kebal!

Nah ini dia beberapa tip yang Sajat berikan kepada kami khas untuk sesiapa yang memerlukannya.

  1. Jangan terlalu layan dan baca komen netizen kerana tidak semua orang puas dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
  2. Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata yang dikeluarkan kerana mereka hanya berkata atas apa yang mereka nampak luaran. Hakikatnya hanya kita dan ahli keluarga yang lebih mengenali diri kita sendiri.
  3. Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
  4. Walau moden mana sekalipun jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI