Farah Asyikin tidak menafikan rasa cintanya terhadap bidang nyanyian tidak pernah luntur, meski tidak hadir dengan sebarang nakshah muzik terbaru dan pastinya, apabila berpeluang menyertai program Gema Gegar Vaganza musim ke-2 (GGV2), dia menerimanya dengan hati terbuka.

“Bila ditawar dan berjaya jadi antara salah seorang finalis, saya terimanya dengan terbuka, tambahan lagi kita semua tahu garis panduan di dalam pertandingan ini ketengahkan garis panduan Islamik, jadi saya tiada masalah untuk itu kerana ia tidak langsung bertentangan dengan apa yang bawa pada hari ini,” katanya kepada MH.

Selain menyifatkan GGV ini merupakan sebuah rancangan islamik yang turut membawa wadah positif, bekas guru ini juga menambah, penyertaannya di GGV juga merupakan salah satu medan dakwah terbaik dalam memberi pendedahan kerohanian kepada penonton.

“Sebelum join GGV, saya tak tahu siapa lagi peserta yang akan bertanding sama. Tapi, bila dapat tahu ada rakan usrah dan sahabat sendiri yang sertai, ia jadi leboh seronok.

 

Malah, saya juga percaya kami mempunyai matlamat sama, iaitu mahu memperjuangkan dakwah kreatif,” kongsi Farah ketika ditemui di sidang media GGV2 di Hotel Istana baru-baru ini.

“Sebelum Join GGV, Saya Tak Tahu Siapa Lagi Peserta Yang Akan Bertanding Sama. Tapi…” – Farah Asyikin

IKLAN

Mendapat sokongan penuh dari keluarga, khasnya suami untuk terlibat dalam GGV2, penyanyi lagu Hello ini mengakui dirinya menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk bersaing.

“Meski masih lagi malu dan kekok kerana sudah lama saya tidak buat persembahan di atas sebuah pentas besar, tetapi sokongan yang datang dari insan tersayang membuatkan diri lebih berani dan mengapa tidak untuk saya cuba.

Sementara itu, Farah Asyikin bakal berentap dengan 10 peserta lain dari peserta berkumpulan dan solo iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah dan Heliza serta Hazwani (pasangan duo) serta Adeep Nahar, Awi Rafael, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.

IKLAN

GGV2 akan disiarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil setiap Sabtu menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) jam 9 malam bermula 31 Mac depan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI