Susulan video Uqasha yang sedang hangat diperkatakan, MH Online segera menghubungi tuan punya badan dan bertanya apakah yang telah terjadi sebenarnya.

“Seperti yang saya jelaskan dalam video, beberapa hari lepas saya telah ke Kelantan dan ketika di stesyen minyak, berlakunya satu kejadian salah faham di antara saya dan seorang pemandu perempuan.

 

“Sebenarnya saya tak mahu komen panjang tentang isu ini tetapi ingin saya jelaskan saya tiada masalah langsung dengan sesiapa. Ia hanya berlaku sedikit salah faham,” jawab Uqasha pada MH Online.

‘Saya Tiada Masalah Dengan Perempuan Bertudung’ -Uqasha Senrose

Bertanya apa yang menyebabkan pelakon Hero Seorang Cinderella ini memuat naik video tersebut, Uqasha menjawab dengan sungguh jelas.

IKLAN

“Saya tiada niat yang buruk. Niat saya hanya ingin berkongsi apa yang terjadi pada saya. Malah, saya juga ingin netizen di luar sana mengambil pengajaran dalam kisah saya.

 

“Apa yang saya ingin sampaikan adalah sebagai seorang perempuan kita haruslah menjaga adab. Saya bukan menghentam perempuan itu kerana bertudung. Tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah tidakkah penampilan seseorang itu harus mengambarkan karakter dan perilakunya?

 

“Saya benar-benar terkejut, kereta yang pancung kereta saya dan memberi isyarat penumbuk itu adalah seorang perempua nmalah bertudung labuh.

 

“Bagi saya untuk apa kita bergaduh sesama jantina? Perempuan harus saling menghormati sesama kita. Perlu jaga akhlak dan budi bahasa. Kita ni perempuan perlu ada lemah lembut,” jelasnya lagi.

Malah, Uqasha juga ada berkata dirinya langsung tidak kisah untuk meminta maaf kerana dia tahu mungkin ada juga silapnya namun gadis tersebut segera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam dan menjadikan bahan viral.

‘Saya Tiada Masalah Dengan Perempuan Bertudung’ -Uqasha Senrose

IKLAN

Menurutnya lagi, sejak video itu dimuat naik, ada sesetengah pihak yang terasa dengan kenyataannya.

“Sejak saya muat naik memang ada beberapa pihak yang terasa hati dengan saya. Tetapi jujur saya kata saya tiada niat untuk komen fizikal / penampilan seseorang. Malah saya memang tiada masalah langsung dengan gadis bertudung.

 

“Cuma itulah, saya agak kesal bila gadis bertudung yang selalunya dikaitkan dengan perwatakan lemah lembut dan berbudi bicara boleh bertindak seperti itu.”Jelasnya lagi.

Kami memahami situasi dan apa yang ingin Uqasha sampaikan. Benar kata dia, kadang-kadang penampilan kita melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya. Jadi, tidak hairanlah mengapa Uqasha sendiri terkejut melihat seorang gadis bertudung boleh bertindak seperti itu.

IKLAN

Malah kami juga harap gadis tersebut mengambil hal ini sebagai ikhtibar dan pengajaran juga. Kadang-kadang bukan semua yang kita fikirkan itu benar terjadi.

Apa pun kami harap netizen juga jelas dengan penerangan Uqasha. Buang yang keruh ambil yang jernih.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI