Siapa yang sudah menonton drama yang dinantikan oleh pembaca setia pembaca novel Red Velvet yang ditulis Acik Lana? Pasti anda dapat menilai sendiri bagaimana hasilnya.

Red Velvet, Lakonan Neelofa Dikritik Keras

Bagaimanapun, pelakon utama drama bersiri itu, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali Neelofa nampaknya mendapat kritikan negatif daripada netizen yang mengatakan lakonannya kaku dalam drama tersebut.

Pelakon dan pengacara rancangan MeleTOP itu berharap agar peminat dapat bersabar menantikan episod seterusnya untuk melihat perkembangan watak Helena.

Red Velvet, Lakonan Neelofa Dikritik Keras

IKLAN

“Drama ini baru sahaja ditayangkan Isnin lalu. Sudah tentu watak itu sendiri ada perkembangan dan tidak sama sahaja.

 

“Kepada mereka yang mengkritik, tonton dahulu drama berkenaan secara menyeluruh dan cuba fahami jalan cerita.

Selepas beberapa episod ditayangkan, segelintir pengguna laman sosial mula memberikan kritikan negatif di laman sosial Twitter dan Instagram.

Ada juga yang mengatakan Neelofa kelihatan kaku apabila berada disamping Alif dan berkata gandingan antara Neelofa dan Alif Satar nampaknya tidak serasi.

IKLAN

Neelofa yang ditemui oleh sebuah portal online ketika majlis pelancaran koleksi hijab terbarunya berkata dia tidak terkesan dikritik.

“Saya tidak terkesan dengan kritikan negatif. Mungkin yang memberikan kritikan itu tidak memahami jalan cerita drama Red Velvet,” kata Neelofa.

Red Velvet, Lakonan Neelofa Dikritik Keras

IKLAN

Selain Neelofa dan Alif, drama adaptasi novel ini diarahkan oleh Hadith Omar turut membariskan nama besar yang lain seperti Amira Othman, Hafidz Roshdi, Nina Nadira dan Alif Hadi.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pasti drama ini juga akan menjadi fenomena biarpun tanpa sebarang rekaan percintaan di luar lokasi seperti drama lain.

Sumber : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI