Kisah percintaan dan perkahwinan antara remaja, Selamat, 16 dengan isterinya, Rohaya, 71, terus menjadi perhatian ramai.

Terbaru, Selamat mengakui dia merupakan seorang yang kuat cemburu dan akan mengurung isterinya di dalam rumah sekiranya dia keluar kerana bimbang ada lelaki lain melihat atau mendekati isterinya.

Mereka yang ditemu bual dalam rancangan Hitam Putih itu mendedahkan kerana rasa cemburu yang sedemikian besar itu merupakan tanda sayang kepada isterinya.

Kini, Selamat mengaku sangat bahagia kerana wanita yang dulu dipanggil bibik ini sudah menjadi isterinya yang sah.

“Cemburuku memang besar ke bunda, ini maknanya kerana aku sayang. Tapi kalau aku tidak cemburu itu bermakna aku tidak mempunyai perasaan pada bunda,” ujar Selamet kepada pengacara yang membahasakan ‘bunda’ kepada isterinya.

Rohaya juga mengaku menyayangi Selamat dan suka dengan cara Selamat kerana menganggap suaminya berbuat demikian kerana cinta dan sayang. 

IKLAN


Pernikahan Rohaya dan Selamat menjadi buah bibir masyarakat. Hal itu kerana jarak usia keduanya yang cukup jauh dan umur Selamat yang masih remaja dan dibawah umur untuk menikah.

BACA JUGA http://www.mediahiburan.my/nenek-71-tahun-remaja-16-tahun-ugut-bunuh-diri-jika-tidak-dikahwinkan/

Namun, setelah Selamat mengugut untuk membunuh diri dengan meminum racun serangga, pernikahan mereka terpaksa dilangsungkan.

IKLAN

Kurung Isteri Kerana Cemburu

Memakan masa selama sebulan untuk mereka melangsungkan pernikahan kerana menghadapi pelbagai halangan.

IKLAN

Saya setuju sahaja kerana mereka suka sama suka walapupun ada bantahan kerana Selamat dibawah umur,” Ujar Widiya Wati kakak sepupu kepada Rohaya.

Meskipun pernikahan Rohaya dan Selamat terkesan kurang mendapat sokongan dari pihak keluarga, tetapi wanita lanjut usia ini tetap yakin bahawa Selamat adalah jodoh yang ditetapkan Tuhan untuknya.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI