Select Page

Kalau beberapa minggu lepas Hero Encik Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf hangat diperkatakan selepas terpegang dada seorang pelakon wanita ketika penggambaran, hari ini giliran adiknya pula.

Kelmarin adik lelaki Daler, Sherzod Yusuf telah memuat naik video pendek di laman Instagram yang menyebabkan dirinya menerima teguran daripada abangnya.

Video selama 41 saat ini menunjukkan Sherzod sedang melakukan ‘prank’ dengan menyentuh tangan wanita di eskalator yang bergerak.

“Kali ini kita cuba #handtouchingprank (gurau pegang tangan) pada gadis Melayu. Lihat video penuh untuk tengok reaksi gadis cantik itu dan kekasih mereka,” tulis Sherzod.

Video itu dikecam teruk oleh netizen yang akui ia bukan cara kita orang Islam dan menjejaskan reputasi dirinya termasuk wanita yang disentuh itu.

Daler turut memberi nasihat kepada adiknya itu supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. 

“Astaghfurillahalazim, don’t repeat it anymore. No mahram,” tulis Daler.

Namun, ia dibalas oleh Sherzod dengan mempersoalkan abangnya yang juga menyentuh wanita ketika berlakon.

“Wow when you act touching Malay girls okay aaaa??? For me now okay ????”

Daler pula membalas, “But when I act with actress, if there is touching scene, I touch with their permission! Not like you touching without their permission. For your kind information, it’s SEXUAL HARASSMENT. They have right to sue you!”

Dan Sherzod berkata, “No they won’t sue me! After I did the prank I asked them that I can post it or not for your kind information too bit******.”

Selain itu, ramai juga cuba mententeramkan keadaan ini dengan menyatakan nasihat Daler hanyalah daripada seorang abang yang prihatin.

Malah ada yang perpendapat, jika perbuatan itu dilakukan pada orang yang tidak sepatutnya, berkemungkinan besar Sherzod akan menerima padah atau dipukul.

Namun, Sherzod telah menutup ruangan komennya di Instagram.

 

Sumber : Instagram Sherzod Yusuf

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Comments

error: