Baru-baru ini, aktres genit, Zara Zya teruk dikecam ramai selepas memuat naik video pendek.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Zara telah berkongsi mengenai permasalahan kesihatan lelaki yakni berkaitan isu mati pucuk dan kanser prostat.

Akibat video berkenaan, sesetengah pihak telah menempelak Zara kerana bercakap mengenai masalah lelaki berbanding bercakap mengenai penyakit yang dihidapi kaum wanita.

Zara yang ditemui pada majlis sidang media Program Syawal TV3 & TV9 akhirnya menjelaskan mengapa dia memuat naik dan bercakap mengenai penyakit yang dihidapi oleh kaum lelaki itu.

“Bagi saya orang kita terlalu sensitif apabila orang perempuan menyentuh mengenai penyakit kaum lelaki, mereka tidak boleh terima.

IKLAN

“Sebenarnya saya telah dibayar untuk menyampaikan mesej kempen mengenai mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada mulanya memang saya tak tahu pun akan diminta untuk bercakap mengenai isu terbabit sehinggalah mendapat skrip.

“Tapi saya rasa tak salah pun untuk saya bercakap mengenai permasalahan itu kerana ia adalah fakta dan saya turut sertakan statistik mengenai penyakit berkenaan,” katanya.

IKLAN

Tambah Zara, masyarakat kita sepatutnya bersikap lebih positif untuk ambil tahu dan mengambil langkah pencegahan dengan melakukan pemeriksaan awal.

“Orang kita bila terlalu sensitif, dia malu untuk buat pemeriksaan dan akhirnya diamkan begitu sahaja.

“Jadi apa yang saya harapkan bila saya berkongsi mengenai fakta itu, kaum lelaki akan buka mata dan sekiranya terjadi pada ahli keluarga terdekat, kita tak malu untuk advice mereka supaya menjalani pemeriksaan.

IKLAN

“Mereka sepatutnya ambil dari sudut positif kerana saya bukannya mengutuk, sebaliknya mengingatkan dan beri kesedaran,” tegasnya.

Zara berkata, dia tidak ambil pusing dengan komen-komen negatif yang diterima dan bersedia untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan pada masa akan datang.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI