Zulin Aziz Kongsi Rahsia Kurus

Penyampai radio Suria FM, sempat berkongsi rahsia kurus Zulin Aziz yang sudah mampu untuk tampil berkebaya ketat selepas berjaya menurunkan berat badan menerusi kaedah konvensional iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.  

MH Online sempat bertanyakan rahsia dan pelakon itu mendedahkan dia kurus selepas mengamalkan senaman dan diet.

Dari segi pemakanan pula, dia kini cuba mengelak daripada makan nasi dan makanan yang mengandungi gula sebagai membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badan.

“Alhamdulillah, saya masih dalam proses mengurangkan berat badan. Antara diet-diet saya kongsikan, ialah saya vegetarian sebenarnya, tapi kadang-kadang saya ‘cheat’ juga makan nasi.

 

“Saya selalu amalkan vegetarian 14 hari, dan saya diet seperti biasa. Of course saya tak makan nasi dan makanan yang mengandungi gula, cuma makan buah epal, kacang, salmon dan benda yang rebus.” ujarnya

Tambahnya, diet seperti itu memang menbosankan tapi ia sangat membantu.

IKLAN

Malah kata Zulin, dia memastikan melakukan senaman dan dia juga menyertai kelas Muay Thai. 

Katanya, dia mahu terus mendapatkan berat badan yang diimpikan dan paling penting kekal sihat.

Kalau kurus cantik tetapi berpenyakit pun tidak guna juga. Jadi, biarlah kurus, cantik dan sihat. 

Jadi kepada mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan ni, MH galakkan korang ikut seperti cara Zulin Aziz lakukan.

IKLAN

 

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]