Dua minggu lalu heboh di laman sosial tentang kontroversi hubungan cinta Kamal dan Emma retak dikatakan berpunca daripada orang ketiga.
Semua sudah sedia maklum orang ketiga yang dikatakan itu adalah pelakon wanita cantik dan tinggi lampai, Zahirah Macwilson. Namun begitu Zahirah telah tampil menafikan dirinya bukan orang ketiga dalam hubungan Emma dan Kamal.
Menurut satu sumber, pelakon lelaki yang merupakan teman lelaki kepada Zahirah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai kontroversi yang dilalui oleh tiga orang pelakon tersebut.
“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?
“Adakah perkara ini terjadi untuk mengeratkan silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk mempromosikan drama atau ada sebab-sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul.
Menurut sumber lagi, Zul ditanya tentang status cintanya bersama Zahirah namun begitu pelakon lelaki ini mempunyai jawapannya yang tersendiri.
“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?
“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” katanya kepada Astro Gempak.
Hero drama Titian Cinta ini juga berkata lagi, kontroversi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kariernya yang sedang berada dalam tempoh promosi filem serta drama dan ia adalah sesuatu yang tidak bagus.
“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” katanya lagi.
Sumber: Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI