Pelakon, Zoey Rahman tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila ada netizen yang sengaja ‘cari fasal’ dengannya.
Dalam perkongsiannya di Instagram, ada netizen yang berani ‘DM’ kepada mengatakan Zoey meniru usahawan kosmetik, Nur Sajat apabila memuat naik foto di gim.
“Sajat pergi gym, ko pun nk pergi gym haha,”tulis netizen berkenaan.
“Ni lah makcik bawang puaka lahanat. Apa masalah ko?,” tulisnya.
Wow! Marah sungguh tu. Bawak bertenang Zoey, mungkin individu itu hanya ingin bergurau sahaja kan?
Menjengah di ruangan komen pula, kelihatan ramai peminat yang turut mempersoalkan individu yang memberikan komen sedemikian.
Terdahulu, usahawan kosmetik itu sering kali memuat naik rutinnya yang melakukan aktiviti kecergasan di gim.
Foto/Instagram: Zoey Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI