Selebriti serba boleh, Zizan Razak, mendedahkan dia memujuk penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam untuk turut serta berlakon di dalam filem terbaru Abang Long Fadil 2.

Namun apabila sudah berada di dalam satu set, ia menjadi cabaran terbesar buat Zizan untuk berlakon di sisi bintang tersebut.

“Saya anggap seperti impian yang menjadi kenyataan kerana sudah lama mengimpikan untuk berlakon di sisi Datuk Yusof.

 

“Walaupun pada mulanya dia tak mahu terlibat berlakon di dalam filem ini, tapi kami berjaya memujuknya untuk turut serta.

 

“Memang agak berdebar tapi saya rasa puas. Lebih puas bila dapat juga berlakon di samping Datuk AC dan A Galak.

 

“Selain pengalaman berlakon di samping Datuk Yusof, babak akhir filem ini juga antara yang paling sukar dijayakan kerana kita tahu mengenai lokasi tersebut pada saat akhir dan buat latihan di situ.

 

“Makan masa tiga hari juga untuk selesaikan penggambaran walaupun yang keluar di filem dalam tempoh lima minit sahaja,” katanya.

 

IKLAN

Zizan berkata, dia mengharapkan filem kali ini mendapat sambutan penonton dan percaya Abang Long Fadil sudah mempunyai peminag sejak KL Gangster lagi.

“Soal sambungan ke filem ketiga saya serahkan pada penerbit dan pengarah. Tapi saya percaya filem ini mampu tarik penonton ke pawagam kerana Abang Long Fadil sudah punya pengikut yang tersendiri,” katanya.

 

IKLAN

Dalam sibuk mempromosikan filem terbarunya ini, Zizan mengakui, dia kini juga lebih selektif untuk memastikan dapat memberi mutu kerja yang lebih baik.

“Saya ambil iktibar ketika saya sibuk dengan tugas sebagai pengacara Akademi Fantasia dan dalam masa yang sama terlibat dengan penggambaran Polis Evo.

 

“Ketika itu bukan saya sahaja rasa penat, malah pihak produksi juga tidak puas hati dengan hasil kerja saya.

 

“Oleh sebab itu saya kini jadi lebih selektif dan menerima anda saya yakin boleh lakukan sahaja. Jadi bila kita buat kerja dengan baik, populariti itu akan datang dengan sendiri.

 

“Saya rasa tak guna kalau saya bolot semua job dan akhirnya kerja saya carca marba dan ia memberi kesan kepada saya di kemudian hari,” ujarnya.

 

IKLAN

Berkongsi perkembangan terkininya, Zizan berkata selain sibuk mempromosikan Abang Long Fadil 2, dia juga masih lagi dalam proses persiapan untuk memasuki set penggambaran sekuel Polis Evo.

“Buat masa ini penggambaran belum berlangsung dan saya lihat ia menjadi peluang buat saya untuk lakukan persiapan serapi mungkin.

 

“Malah untuk Polis Evo 2, pihak produksi beri saya kelonggaran untuk bentuk imej ikut kehendak saya.
Jadi tidak ada masalah untuk berambut atau sebaliknya,” katanya.

https://www.instagram.com/p/BX0FwlNjTW8/?hl=en&taken-by=zizanrazak869

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI