Beberapa bulan lalu bekas isteri Along (Cham), Zila Seeron telah mengejutkan ramai pihak apabila dilihat membuka tudung dan telah tidak lagi berhijab.

Namun, menerusi entri terbaru milik bekas peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4) itu dilihat dia telah memuat naik gambarnya yang mengenakan hijab.

Malah, perkembangan terbaharu penyanyi itu turut mendapat pujian daripada pengikutnya yang berharap dia agar terus kekal menutup aurat selepas ini.

Rata-rata pengikutnya mendoakan Zila agar terus agar dia terus kekal dengan imej itu dan berkata Zila nampak lebih cantik apabila berhijab.

IKLAN

Zila Seeron Kini Kembali Berhijab

Zila Seeron Kini Kembali Berhijab

Zila Seeron Kini Kembali Berhijab

IKLAN

Ada juga yang mendoakan Zila agar dapat memulakan kehidupan lebih baik selepas beberapa insiden kurang enak mengenainya sebelum ini.

Terdahulu, Zila telah mencetuskan berita tergempar apabila ditangkap khalwat dengan seorang pengurus syarikat iaitu Mohd Khairul Azizi.

IKLAN

Disebabkan kejadian itu, rumah tangga yang terbina bersama Along musnah dan pelawak itu juga telah menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 29 Ogos tahun sama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Zila Seeron Kini Kembali Berhijab

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI