Nampaknya isu suami Ziana Zain didakwa kerana dikatakan mencederakan anak dengan menggunakan rotan mendapat pelbagai rekasi netizen.

Rata-rata pelik dan tertanya-tanya mengapa penyanyi Ziana Zain telah menfailkan laporan mengenai suaminya yang merotan anak kerana mengajar anak-anaknya tentang ilmu agama.

Namun tidak mahu memanjangkan cerita dan mengeruhkan lagi keadaan, pengurus Ziana memberitahu, penyanyi itu tidak boleh komen lanjut sebab isu ini melibatkan mahkamah dan terlalu peribadi.

Namun, Ziana meminta orang ramai untuk doakan yang terbaik buat mereka.

IKLAN

Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi.

Doakan yang terbaik.

Dalam pada itu, Ziana turut memberitahu kepada media tempatan untuk memberinya ruang dan memahami situasinya sekarang.

Ziana Zain Minta Orang Ramai Faham Situasinya, Minta Diberi Ruang

Suami Ziana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi kerana isu merotan anaknya sehingga luka dan lebam.

IKLAN

Bagaimanapun suami kepada primadona ini mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan mengatakan niatnya hanya menunaikan tanggungjawab mengajar anak-anaknya mengaji dan solat.

Raja Nor Adilla menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,00 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

IKLAN

Bagaimanapun Armin tidak punyai penjamin dan kes akan disebut semula pada 4 April akan datang.

‘Saya Ajar Anak Solat & Mengaji, Tetapi Dia Tak Faham’ – Suami Ziana Zain Ditahan Kerana Rotan Anak Sehingga Luka?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI