“Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal.”

Gara-gara tidak faham dengan apa yang diajar, suami kepada penyanyi Primadona Ziana Zain berang dan bertindak merotan anaknya sehingga menyebabkan luka dan lebam di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari yang lalu.

Armin Zaharin yang telah mendirikan rumah tangga bersama ziana pada 9 Mei 1998 yang lalu telah menegaskan dia tidak mendera anaknya sebaliknya itu merupakan tanggungjawabn ya untuk mengajar anak-anak.

‘Saya Ajar Anak Solat & Mengaji, Tetapi Dia Tak Faham’ – Suami Ziana Zain Ditahan Kerana Rotan Anak Sehingga Luka?

IKLAN

Memetik di Sinar Harian Armin telah ditangkap pada 2 Mac lalu selepas isterinya itu telah membuat laporan polis pada 27 Februari yang lalu dan jika disabitkan kesalahan, Armin bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

IKLAN

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

IKLAN

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

SUMBER : Sinar Harian & Kosmo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI