Penyanyi Ziana Zain sempat berseloroh dirinya tidak boleh tidur malam kerana memikirkan perjalanan konsertnya, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.
“Saya tak boleh tidur lena dalam seminggu ini memikirkan perjalanan konsert,” katanya sambil menerima sorakan kira-kira 2,800 penonton.
Konsert yang berlangsung pada jam 9 malam itu bermula dengan persembahan duet pasangan adik-beradik popular itu menerusi lagu Sangkar Cinta dan Bila Resah yang dibawakan secara medley.
Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menampilkan lagu-lagu hits Ziana dan Anuar yang diselangi dengan coleteh mencuit hati mengenai kisah perjalan seni masing-masing.
Antara lagu popular yang dipersembahkan Ziana adalah Puncak Kasih, Terlerai Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu dan Madah Berhelah.
Sementara Anuar pula menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popularnya seperti Ketelusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.
Ads
Memberikan kelainan di dalam persembahan, penonton turut berpeluang menyaksikan mereka menyanyi secara duet menerusi lagu Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan.
Malam penuh bersejarah itu turut menyaksikan gabungan kali pertama mereka dalam sebuah konsert di Kuala Lumpur.
“Akhirnya kita disatukan di Kuala Lumpur. Kali pertama konsert kami pada tahun 2010 di Singapura,” kata Ziana.
Terharu dengan sokongan dan kehadiran peminat, Anuar bersyukur apabila mereka sanggup meluangkan masa menghadiri konsert pada malam ini.
Ads
“Anda boleh pergi ke mana-mana, tapi anda pilih untuk berada di sini. Terima kasih kerana beri aura yang positif.
“Saya tak sangka masih lagi mendapat sokongan yang begitu kuat daripada anda semua,” kata Anuar yang sebak dengan respons yang diterima sehingga kini.
Pada konsert berkenaan, terdapat peminat yang gagal menahan air mata sebaik melihat artis pujaan mereka membuat persembahan.
Ads
Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd itu menyaksikan kehadiran rakan-rakan selebriti yang memberikan sokongan.
Antaranyaialah Misha Omar, Dafi, Datuk A Aida, Scha Al Yahya, Shuib, Awal Ashaari, Datuk Ziela Jalil, Ernie Zakri, Syamel, Fara Fauzana, Noryn Aziz dan Rozita Che Wan.
Tidak ketinggalan, konsert terbabit turut direstui dengan kehadiran ibu bapa selebriti itu iaitu Zin Abdullah dan Robiah Abdul serta anak-anak Ziana.
Pada penghujung konsert, Ziana dan Anuar mengumumkan berita gembira apabila bakal mengadakan konsert sama di Singapura pada 24 September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanti detik terindah bergelar suami isteri, pelakon Atikah Suhaime dan tunangnya, Awi Rafael kini sedang dilamun perasaan ‘bunga-bunga cinta’.
Menerusi akaun Instagram Atikah, dia ada berkongsi video pra perkahwinan (pre-wedding) berkonsepkan santai dengan suntingan video yang menarik, iaitu slow motion.
“Maaf, cinta kita bukan sejenis Cinderella story. Thank you for growing me into a better version of myself. #AwiAtikah #17March2019#prewed #Rahasiaku@bcreative_productions .. Makeup by @sexylicious_3003 #Singapore #Malaysia #Indonesia #music#film,” tulis bintang berusia 28 tahun itu.
Bintang versatil, Elly Mazlein memaklumkan suaminya, Mohammad Azlan Che Nohmengalami demam dan kini menjaga suaminya yang sinonim dengan panggilan Cikgu Azlan itu di kediaman mereka.
Jelas Elly, sebelum suaminya diserang demam, anak perempuannya iaitu Putri Sara Sefhia baru saja sembuh.
Usahawan dan pengacara Neelofa mengakui banyak memberi nasihat buat adiknya, Ameera Khan atau lebih dikenali Little Miss Khan (LMK).
Neelofa ketika ditemui di Petaling Jaya bersempena Majlis Iftar Neelofa x Chatime Bersama Anak-Anak Yatim berkata, dia mahu melihat Ameera menjalani kehidupan sebagai remaja normal.
“Saya bagi dia (Ameera) lalui semua perkara, go through the process tapi jangan sampi keterlaluan.
“Saya juga ada bagi nasihat tapi saya akan biarkan dia memilih jalan untuk dia lalui proses semuanya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, sebagai kakak, Neelofa juga sentiasa mahu melindungi adiknya.
“Saya akan pantau dia dalam segala apa yang dia buat tapi dalam masa sama, saya nasihat dia,” jelas bekas pengacara MeleTOP itu.
Tambah Neelofa, dia memuji sifat adiknya yang senang untuk menerima nasihat.
“Tapi satu yang best pasal Amira ialah sebab dia jenis yang dengar cakap. Dia jenis yang tak melawan dan akan ikut nasihat saya. Jadi, senanglah untuk kami berurusan,” ulasnya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa kini menjalin kerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn.Bhd (Chatime) untuk membuka cawangan Chatime Signature yang pertama di negara ini.
Malah, pembukaan cawangan tersebut berkonsepkan kafe dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.
Selain itu,kerjasama tersebut turut menyaksikan pelebaran sayap perniagaan Chatime ke Singapura dan Arab Saudi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.