Pelakon, Uqasha Senrose mengakui dia cukup teliti dan mengutamakan prinsip kualiti berbanding kuantiti dalam berkawan.
Malah, kakak kepada Nelydia ini juga memilih untuk mengehadkan bilangan teman yang boleh dipercayai.
Katanya seperti yang dipetik Kosmo! Online, dia berbuat demikian kerana sebolehnya mahu elak daripada terlibat dalam agenda peribadi mana-mana individu memandangkan dia tidak menafikan, terdapat ramai yang hanya gemar mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Saya tidak ramai kawan dalam industri, sebaliknya saya hanya rapat dan banyak meluangkan masa dengan adik-beradik serta keluarga.
“Zaman sekarang bahaya. Kita perlu hadkan pergaulan sebab pengkhianat ada di mana-mana. Sebab itu saya berhati-hati dalam memilih kawan. Niat orang kita tidak tahu ikhlas atau tidak.
“Sebab saya takut dengan pengkhianat yang selalunya muncul dalam kalangan orang dikenali.
“Tidak kisahlah ruang lingkung kehidupan saya kecil dan cuma ada orang-orang rapat seperti keluarga asalkan hidup tidak mengganggu orang lain,” ujar Uqasha seperti yang dipetik.
Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Runtun Jiwa di samping Azrel Ismail, bintang berusia 27 tahun ini kian sibuk dengan komitmen kerjaya seni.
Malah, bintang ini turut menambah rutin hidupnya kini berubah.
“Jadual sibuk bukan dirancang pun tetapi selain rezeki, saya sebenarnya bukan ada komitmen lain buat masa ini. Jadi lebih baik saya gunakan kudrat untuk bekerja.
Ads
“Bukan tidak mahu ambil waktu untuk berehat tetapi kalau mahu bercuti pun saya sudah tiada kawan. Selama ini saya rapat dengan keluarga dan banyak meluangkan masa bersama mereka jika bercuti ke mana-mana.
“Memandangkan Nelydia sudah berkahwin, saya sendiri perlu faham dia ada keluarga dan situasi tidak boleh seperti dahulu lagi,” katanya lagi.
Nelydia mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 6 April.
“Memang jadi lain. Saya rasa kosong sebab tiada kawan sekepala. Memanglah hubungan kami tidak akan putus tetapi banyak benda berubah sebab dia ada komitmen lain sekarang,” akui Uqasha.
Menyedari hakikat kekayaan tidak mampu membeli kesihatan, Datin Seri Shahida berkongsi pengalaman sewaktu mengambil darah di hospital baru-baru ini.
Ulasnya, pertemuan dengan seorang wanita dikenali sebagai Yatie cukup terkesan di hati ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Hidup ini cukup singkat dan ramai meninggal di usia muda, apa yang penting adalah takwa kepada Allah. Harta sama sekali tidak boleh membawa mati.
“Bila pakai hijau saya selalu ingat memori jadi gadis sunsilk di library 14 tahun yg lalu ketika berumur 20 tahun.
“Tadi pergi ambik darah di hospital bersembang dgn kakak yg baik @yatiekitchen ….saya tanya dia kak yatie kenapa akk sayang kerja kat hospital.
“Jawapan dia kat sini kak yatie banyak dapat pengalaman……orang kaya sekalipun sampai masa dia sakit dan Allah tarik nyawa dia duit banyak pun x membantu….kak yatie tengok dari pesakit tu sihat sampai dia disahkan kanser,rambut dia botak,kurus sehingga dia meninggal…….maksudnya sehebat dan sekaya mana pun kita sampai masa Allah tarik nyawa bila2 sahaja….kak yatie nasihat saya katanya hidup ni singkat je….banyak orang meninggal di usia muda….jadi nikmati lah hidup yg ada…jgn stress2…bahgia dgn org keliling dan syg diri sendiri…paling penting jgn lupa Allah SWT.
“Begitulah kadang2 kerja juga satu ibadah kita dan juga kita belajar dari melihat pengalaman orang lain….mudahan kita semua diberi kesihatan yg baik dan kebahagiaan walau tidak di dunia Insya Allah Akhirat.
“Allah dah janji selagi mana kita taat padanya Insya Allah ada ganjaran hebat menanti kita, mudahan saya juga diberi hidayah dlm menuju kejalannya,” jelasnya panjang lebar.
Selepas berkongsi perkembangan terkini anak bongsu, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini mencecah usia 17 hari, Abby Abadi menerusi posting terbaru di Instagram ada mengimbas saat dirinya bersalinkan bayi lelaki yang sinonim dipanggil Baby D itu.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan, dia melahirkan Baby D selepas mengalami tumpah darah.
“Baby tepat2 24minggu. Terpaksa keluarkan sbb pagi Jumaat 27/9 2kul 9am Sy tumpah darah (video ni hilang kepala sbb nampak tgn kita. Baju hospital pendek).
“Ikutkan hari khamis & berterusan sampai mlm jumaat tu Sy minta balik sbb dah 4mlm di ward Sy sgt tertekan. Tidur wad luar berhari2 dah buat Sy takut (Sy ni pengecut sbnrnya takleh tidur camtu sbb tu mengelak masuk hospital).
“1st time masuk Hospital kerajaan, bila masuk rupanya payah nk keluar. Dorang punya jaga pergh!
“Kebetulan juga Sy baru kenal Dr Yusrina, bacaan BP pulak huru hara… mmg payah betul beliau nk lepaslkan saya.
“Bayangkan malam ke 5 Sy tidur ward biasa, ber 6 masa tu. Separuh nyawa dah Sy rasa sbb terpaksa bertahan tidur tepi bilik airrr. Siang ok tidur sbb senang nk gi bilik air, bila malam.
“Tangan Sy masuk hari ke 5 tu pun bengkak2 dah dua2 sbb tak tahan sakit kena pam (sbb nk dptkan bacaan BP) Setiap 15min.. pastu bila ok, setiap 30min. Sudahnya kembung bengkak.
“Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nk dpt bacaan dah malam Jumaat sblm tumpah darah tu huhu,” tulisnya.
Bintang Gerak Khas itu turut menjelaskan, dia ke bilik air sejurus diminta petugas hospital bagi mengambil ujian urine sebelum berlaku tumpah darah secara tiba-tiba.
“Tak lena tidur Sy malam tu.. tp tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba2 kul 9am Doc dtg utk cek, nurse minta urine, Sy pergi toilet, nk tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa2 mcm Baby dah takde.
“Sy bgtau Doc yg bertugas waktu tu.. sekali dgn Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk2 dorang cek, Sy sempat whatspp suami.. bgtau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany dtg sbb tiba2 doc kata kena terus operate.
“Terus Sy di bawa turun ke bilik operation. Tak tunggu2 dah sbb uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sbb Sy tahu jalan jem pagi tu. Sy dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh.
“Mcm2 ada dlm kepala. Paling worst, Sy takut Sy padam terus sbb doc ada bgtau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sgt adalah kalau baby tak meninggal, maknya yg meninggal.
“Sempat whatsp pesan pd suami mcm2, suami nangis2 dah, 10.15/1030am cmtu operation bermula.. 1045 am keluar Baby dah. Sy kul 1pm baru dibawa naik ke wad 6B,” jelas bintang Gerak Khas ini panjang lebar sambil disusuli dengan tanda pagar #bersambung.
Kira-kira dua tahu lalu, Abby juga pernah dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Pelakon dan usahawan itu turut sama mendedahkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama suami, Faizal Zakaria.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah terpalit dengan isu membuka hijab, adik kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Sairah mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada dirinya sebagai asam garam kehidupan.
Malah, bintang yang pernah hits menerusi lagu ini kekal untuk mengharapkan doa ramai agar dia mampu menjadi wanita sebaik-baiknya pada masa depan.
Terdahulu, ibu kepada bintang Ceria Megastar Ministar, Ummi Ummairah turut kembali bergelar ibu Disember tahun lalu dan dikurniakan bayi perempuan hasil perkahwinannya bersama Mohd Sharidan Johari pada Februari 2018.
“Saya pun ada pengalaman sebegitu juga. (membuka tudung). Pada saya, saya tak boleh cakap apa-apa. Yang penting kita istiqamah lah. Saya pun buat kesilapan tu… tapi alhamdulillah sekarang saya kembali bertudung dan insyAllah doakan yang terbaik.
“Paling penting orang di luar sana, kita jangan blame mereka (buka tudung). Mungkin ada sebab tertentu yang kita tak tahu. Doa kalian itu yang membuatkan mereka akan berubah sedikit demi sedikit.
“Jadi, kita kena sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya optimis seperti yang dipetik Majalah Nona.
Ditanya apa yang membuatkan dirinya mahu kembali istiqamah dan tanam azam, Sairah mengakui ia berlaku seiring status.
“Iyalah, kita ni bila dah berkeluarga kita taknak suami kita bertambah ‘beban’ dia. Jadi bila kita bertudung tu.
“Salah satunya adalah kerana sebagai umat Islam kita perlu bertudung. Kepada mereka yang buka tudung atau belum bertudung, kita doakan yang terbaik untuk mereka,” jelas Sairah yang turut menjelaskan dirinya begitu menyenangi penampilan yang ringkas.
“Saya seorang yang sangat simple. Selagi ada tudung yang macam menyenangkan, saya akan pakai. Saya jenis pakai yang sarung dan terus siap!
“Orang kalau follow IG saya memang tahu saya punya tudung macam mana. Sangat simple.Jenis material pilihan pula saya tak kisah. Yang penting senang dibentuk dan selesa. Macam chiffon… dan tudung bawal antara yang paling saya suka,” akui Sairah.
Pada masa sama, Sairah turut memilih kakaknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza sebagai rujukan fesyen berhijab.
“Bila tengok Kak Iti bertudung, saya suka tengok. Tapi kita ni jenis yang simple, apa yang ada sarung je. Cara Kak Iti bertudung juga beri inspirasi dekat saya untuk pakai tudung yang dia pakai.
“Sejujurnya bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, kami memang suka berborak. Antara topik kami bila berjumpa ialah mekap. Kak Iti memang suka cerita bab mekap.
“Masing-masing ada minat sendiri tapi kami boleh kongsi berbual tentang apa saja. Jarang sekali ‘membawang’. Misalnya antara Kak Saida dan Kak Iti mereka akan lebih bercerita pasal kewangan sebab Kak Saida yang urus hal kewangan syarikat,” imbau Sairah.
Penyanyi, Iman Troye, mengakui dia lebih selesa untuk membeli sendiri persalinan yang ingin digayakan, termasuk ketika menjelang musim perayaan.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur...