“Zaman Memang Dah Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak-Anak,”- Nana Mahazan

Share

Pengacara Nana Mahazan berkongsi  bahawa dirinya pernah nekad untuk berhenti bekerja dalam industri seni.

Kongsinya, keputusan itu dibuat kira-kira enam tahun lalu untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil iaitu Althea dan Aaqib.

“Cerita 6 tahun lepas hari ni. Zaman memang dah berhenti kerja untuk duduk rumah untuk jaga anak-anak.

“Zaman tak ada pembantu rumah.. Zaman semua kena buat sendiri.. Zaman anak anak kena nap.

“Masa tu dah bersedia untuk lepaskan semua demi nak besarkan dorang depan mata.

“Masa ni Aaqib baru dua bulan, Althea tiga tahun. Kepuasan untuk dapat jaga anak-anak masa mereka kecik ni,” tulis di Instagram (IG).

Malah, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan, dia turut memahami perasaan seorang suri rumah.

“Alhamdulillah syukur, sekarang memasing dah besar, dah boleh cakap so mummy dah boleh start kerja.

“Tak risau sangat tetap jugak tapi iyelah.. Kerja untuk bantu keluarga jugak, untuk anak anak jugak.

“Bila tengok video ni jadi rindu.. Tapi tak mudah jugak.. Saya boleh imagine semua suri rumah kadang-kadang rasa terkurung, macam tak ada masa untuk diri sendiri.

“Tak apa rasa tu normal tapi kita boleh ubah cara kita fikir dan deal dengan keadaan itu.. Awak boleh lakukan! 

“Be positive pasal tu. Faham kadang penat, tapi puas.. Ingat untuk jaga diri sendiri juga. Awak juga penting!

“To working mum, yang balik keje, kena sambung jugak tugas jadi mak.. Haih salute. Sending hugs dan loves to all mothers,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Nana berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Althea dan Aaqib.

Foto: Instagram Nana Mahazan

IKLAN