Pelakon era 90-an, Azah Aziz berkongsi memori lama ketika awal penglibatan dalam dunia modeling dan seni ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih dua dekad lalu.
Menurut Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, dia mula berminat untuk terjun dalam dunia seni ketika usia belasan tahun lalu.
“Memories Zaman muda-muda jadi model ni, one of my fan hantar gambar ni. Thanks @i_amkedahan for the pictures, Zaman Dewi remaja ni tahun 1988. I was 16year old, abaikan rambut 80’s ye. By the way, ada lagi ke brand Pelco ni?
Ads
“My journey as model start with Dewi Remaja, after winning 1st for February Cover Remaja 1987 and finalist Dewi Remaja 88/89, after being cover girl, my career as model start dapat banyak offer buat add magazine and commercial. Thanks to @majalahremaja,” kongsinya.
Azah yang kini bahagia harmoni menetap di Montreal, Kanada berkongsi kenangan itu menerusi salah satu hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berkongsikan memori masing-masing. Malah ada yang menyatakan rasa teruja mereka apabila bercerita mengenai jenama yang disebutkan Azah.
Selain Azah, antara peserta Dewi Remaja edisi 88/89 yang masih lagi bergiat aktif di dalam dunia seni sehingga kini ialah juaranya, Aleeza Kassim, model Mimi Wahidah dan bekas personaliti televisyen, Sharifah Shawati Syed Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan gaya nyanyian yang tidak berada pada nota sepatutnya menjadi sebab nama Tom diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir dalam saingan, malam tadi.
Ramli berkata, situasi tersebut sudah pun berlaku pada awal nyanyian, hingga membawa kepada peratusan markah rendah yang diterima Tom.
“Dia menyanyi tadi di bawah aras ‘pitch’. Bukan sumbang, tapi di bawah aras ‘pitch’. Jadi untuk keseluruhan lagu itu… pada baris-baris awal saya sudah catit (potong markah).
“Malah pada bahagian chorus pun, dia punya nafas tu ‘turun’. Dia tidak menyanyi di dalam ‘pitch’. Dia ada bait yang okay, tapi kemudiannya benda yang sama berlaku,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaind di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom mendedahkan kebelakangan ini dia sering lupa makan sekaligus menyebabkan berat badannya kini kian susut.
Tambah Tom, dia sendiri tidak tahu apa sebab situasi tersebut berlaku, namun tidak menolak ia mungkin kerana kesibukan kerjaya.
“Banyak sangat praktis, tiba-tiba masa time tidur rasa lain macam pulak. Rupanya Tom lupa makan satu hari ni. Sebiji nasi pun tidak. Bagi anak-anak makan, diri sendiri boleh lupa makan.
“Semenjak dua menjak ni, memang selalu juga lupa makan. Badan sampai kurus kering turun lima kilogram. Entahlah… busy sangat kot,” tulisnya di Facebook, beberapa hari lalu.
Sementara itu, Tom yang masih lagi kekal bersaing dalam program realiti GV9 bakal membawakan lagu Inggeris, I Hate Myself For Loving You yang dipopularkan oleh Pop Joan Jett & The Blackhearts dalam konsert minggu keenam, Ahad ini.
Pelakon Raysha Rizrose teruja apabila disunting sebagai wajah utama (muse) bagi koleksi Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23.
Raysha, 26, berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini atas kepercayaan yang diberikan meski dia sendiri masih belum ada sebarang perancangan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.
“Bila dapat tawaran daripada jenama ini saya sangat terharu sebenarnya. Tidak semestinya bila dipilih jadi ‘muse’ ia beri bayangan kita nak kahwin, betul tak?
“Apa pun doakan yang terbaik, insya-Allah. Tapi saya tidak menafikan tekanan bila nak berkahwin itu semakin menjadi-menjadi. Tarikhnya belum ada lagi, tapi ke arah itu.
“Malah sebelum ditawarkan jadi ‘muse’ pun, pereka pertama yang datang dalam fikiran saya ialah Rizman Ruzaini. Sebab saya percaya, berikan apa-apa konsep sama ada tradisional mahu pun moden, kita tak akan kecewa dengan sentuhan jenama ini,” katanya kepada MH.
Teruja dengan kolaborasi berkenaan, Rizman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini turut kagumi komitmen yang diberikan Juara Dewi Remaja 2015 itu.
Rizman dan Ruzaini bersama Raysha ditemui pada sesi Previu Rizman Ruzaini Bridal Ready to Wear: Ijab Kabul 2022/23 di Hotel Shangri La, baru-baru ini.
“Dia sudah naik seri… Masa kita lakukan penggambaran sebelum ini pun, setiap sudut gambar yang diambil terlihat cantik, berseri. Tapi kalau tiba hari bahagianya nanti, kita akan buat persalinan khas untuk dia.
“Kalau boleh saya kongsikan, kami rasa salah satu kejayaan Rizman Ruzaini ialah jenama ini meniadi pilihan hampir semua selebriti yang rapat dengan kami di negara ini.
“Persalinan kahwin pertama yang kami hasilkan ialah untuk Ning Baizura. Ketika itu kami baru tamat belajar. Jadi bila dapat peluang, sudah tentu kami cuba buat yang terbaik.
“Sebab kita tahu, bila melibatkan perkahwinan, ia sesuatu yang sentimental. Kata orang bila pelanggan mahu kami menjadi sebahagian daripada hari bahagia mereka, itu adalah kejayaan besar bagi kami,” katanya lagi.
Terdahulu, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan, terumasuk rekaan klasik dan moden kontemporari.
“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin.
“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi.
“Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Jadi kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.
Lebih menarik, kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium meski harganya mampu milik bermula daripada harga RM699 hingga RM1499.
Berita baik buat bakal pengantin, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...