
Perkongsian terkini pelakon Zahirah Macwilson menjadi sorotan warganet apabila bintang tinggi lampai itu tampil manis berhijab menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram.
Penampilan terbaharu Zahirah nyata mengundang perhatian rakan artis yang turut meluahkan rasa teruja, selain menitipkan doa serta kata-kata positif buat ibu kepada dua cahaya mata berkenaan.
“One sunny afternoon in July, one sunny afternoon with you,” tulis Zahirah pada ruang kapsyen bersama emoji hati.
Baca Artikel Lain;
Menerusi ruangan komen, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan kata-kata positif serta mendoakan yang baik-baik buat Zahirah.
Antara komen yang ditinggalkan rakan selebriti;
“Masya-Allah,” tulis Amira Othman, Janna Nick dan Mira Filzah.
“So beautiful Masya-Allah,” komen Erin Malek.
“Semoga dipermudahkan segala urusan,” titip Sherry Ibrahim.
“Omg babe, so happy for you,” tulis Azira Shafinaz.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah menerima hampir 100,000 tanda suka dan disusuli dengan ribuan komen positif daripada pengguna media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.