MH berpeluang untuk menghadiri Majlis Sidang Media Yunalis Zarai dan Adam Sinclair di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Tujuan majlis tersebut adalah untuk pasangan itu mengumumkan pernikahan mereka, semalam bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Saat pasangan tersebut tiba, kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

Pihak Adam memberikan tujuh dulang manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.

IKLAN

Yuna Kongsi Cerita Tentang Pelamin Indahnya

Majlis penuh bersejarah itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan teman rapat sahaja serta kenalan daripada Amerika Syarikat.

IKLAN

Kata Yuna, dia mempunyai sebab mengadakan majlis pernikahan secara tertutup itu.

IKLAN

“Saya rasa semua orang tahu yang saya ni memang agak ‘private’ orangnya. Jadi sebab itu saya nak majlis ini kekal begitu.

“Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun hujan sikit pada petang itu,” katanya kepada wartawan.

Melalui pemerhatian MH, ramai sangat yang memuji tema pernikahan Yuna semalam.

“Saya sememangnya mengimpikan ‘Garden Wedding’ tapi keluarga cakap cuaca kat Malaysia ni tak menentu. Agak sukar untuk dilakukan.

“Tapi, semalam kami cuba jugak, memang hujan turun tapi Alhamdulillah, ia berhenti dan majlis dapat diteruskan,” katanya lagi.

Dalam majlis itu juga, MH dapat lihat kegembiraan pasangan tersebut, ada kala terselit juga jelingan manja sesama mereka.

Comel sangat MH tengok. Apa-apapun tahniah kepada Yuna dan Adam!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI