Yuna bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara dengan kejayaannya, malah dia juga telah mengangkat namanya sendiri di satu level yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Secara tidak langsung ramai peminat yang berlumba untuk follow Yuna di Instagramnya. Namun tidak semua benar-benar menjadi peminatnya, ada juga individu mengambil kesempatan untuk menghentam penyanyi Crush ini.

Oleh kerana sangat mementingkan privasi dan keamanan di akaun miliknya, Yuna telah memuat naik satu peringatan khas buat pengikut barunya di Insta stories .

Menurut Yuna, walaupun ada sesetengah pihak langsung tidak kisah untuk block atau tapis pengikut di Instagram kerana mahukan bilangan followers yang tinggi, tetapi dia tidak.

“Some people don’t care about filtering / blocking coz they want more followers. But Im different. It’s not ‘the price that u pay for being an artiste’. I’m a human being and i just won’t allowany form of negativity on my IG.

“I’m proud to host a lot of kind hearted, non-judgmental people in my ‘home’. I share photos with you and i ask nothing in return but your kindness & understanding,” terangnya.

Ads

Okay, tak nak cakap banyak. Ini dia 6 perkara yang harus kamu tahu bila masuk ke ‘rumah’ Yuna.

1. Yuna akan chek komen setiap hari. Sekiranya komen-komen tersebut buatkan Yuna tidak selesa atau terasa, dia tidak teragak-agak untuk block akaun tersebut.

2. Yuna juga akan block page-page perniagaan yang selalu tumpang promote di akaunnya.

Ads

3. Malah, individu yang mencurigakan seperti stalker dan suka beri komen-komen yang menakutkan akan disekat.

4. Individu yang bersikap perkauman juga akan menerima nasib yang sama

Ads

5. Yuna juga tidak teragak-agak block individu yang sering komen tentang gaya tudungnya.

6. Terakhir, oleh kerana Yuna seorang pencinta keamanan, dia sendri akan block peminat yang bergaduh sesama peminat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI