“Your Late Father Is A Legend,” – 10 Tahun Tanpa Bapa Pergi Mengadap Illahi, Anak Din Beramboi Titip Ucapan Selamat Hari Jadi

Share

Dalam sedar atau tidak, rupanya sudah hampir 10 tahun pelawak, Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri pergi meninggalkan kita.

Walaupun sudah hampir sedekad, pemergiannya masih lagi dirasai sehingga kini kerana lawak-lawaknya sentiasa segar dalam ingatan kebanyakkan rakyat Malaysia.

Terbaru, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, anak kepada Din yang dikenali sebagai Nir Aina Syuhada ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-53.

“Happy birthday papa,” tulisnya ringkas.

Bersama entri berkenaan, Aina turut berkongsi beberapa foto bersama arwah bapanya sewaktu dia masih lagi kecil.

Foto tersebut ternyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 10,000 tanda suka malah turut dihujani ratusan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu terhadap telatah dan aksi lucu Din selain turut mendoakan agar dia ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terdahulu, Allahyarham Din telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 2 April 2010 akibat diserang Dengue Shock Syndrome yang menyebabkan organ dalamannya terhenti.

Sewaktu masih hidup, arwah sangat terkenal ketika digandingkan bersama, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mengemudi segmen pagi di stesen radio popular Era FM

Sumber: Twitter @nrainsyhada

IKLAN