Semalam, telah berlangsung Konsert Digital Jelajah Suria yang buat pertama kali dipancarkan secara maya berikutan situasi semasa negara di semua platform Suria.
Menurut Ketua Radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, konsert ini diadakan bagi mengubati kerinduan peminat terutama setelah hampir setahun mereka tidak membuat program di lapangan yang lazimnya mereka adakan ekoran penularan wabak Covid-19.
Konsert yang diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ini diadakan secara digital dan hanya dihadiri para selebriti dan krew-krew yang terlibat.
Tepat jam 9.00 malam, pentas Konsert Digital Jelajah Suria dibuka dengan gabungan persembahan istimewa daripada para penyampai radio Suria FM iaitu Ajak, Fizi, Issey, DJ Lin, Sharifah Shahirah, Tyzo, dan Suraya.
Selesai persembahan daripada para penyampai radio, pentas kemudiannya kembali tertumpu kepada persembahan penyanyi muda, Farisha Iris.
Membawakan lagu How You Like That nyanyian asal kumpulan Kpop popular, Blackpink, persembahan Farisha sememangnya tampak bertenaga sejak dari awal.
Persembahan pada malam tersebut diteruskan pula oleh busker popular tanah air, Bob Sentuhan dengan membawakan dua buah lagu iaitu Sambutlah Kasih dan single terbarunya, Aku Cinta Kamu.
Ads
Penyanyi meningkat naik, Iman Troye kemudiannya mengambil alih pentas dengan membawakan lagu hitsnya yang kini telah pun meraih lebih 10 juta tontonan di laman Youtube iaitu Teman.
Jika sebelum ini, penyanyi, Lah sememang sudah sinonim bersama kumpulan VE, tetapi pada Konsert Digital Jelajah Suria ini, dia ditemani oleh band iringannya The Gentlemen.
Lah & The Gentleman telah membawakan dua buah lagi iaitu Selamat Datang Cinta dan Sejarah.
Bagi menghangatkan lagi suana, band indie popular, Kugiran Masdo menyemarakkan lagi semangat penonton di rumah yang sememangnya sudah lama menantikan kemunculan mereka.
Kugiran Masdo yang sudah lama tidak beraksi di pentas-pentas besar memilih untuk membawakan dua buah lagu iaitu Lautan Asmara dan Kasih & Sayang.
Ads
Persembahan yang sebentar tadi gamat kini beralih tumpuan kepada penyanyi tersohor tanah air. Tampak lebih elegan dengan mengenakan suit berwarna biru, Dayang Nurfaizah seterusnya menghiburkan para penonton dengan dua buah lagunya Malam Ku Berimimpi dan Lelaki Teragung.
Seakan masih segar dengan semangat di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu, aura Floor 88 masih lagi terasa sewaktu mereka membawakan lagu Hutang.
Telatah ahli kumpulan Floor 88 nyata menghiburkan para penonton sebelum meneruskan dengan single terbaru mereka yang berjudul Cikadot.
Mengakui berasa sangat teruja apabila dapat kembali menyanyi di atas pentas, penyanyi, Misha Omar mengubati kerinduan peminat dengan membawakan lagu Tanpa Rela.
Ads
Atas permintaan penyampai segmen Suria Cinta, DJ Lin, Misha telah bersetuju untuk membawakan lagu Setiaku Di Sini nyanyian asal Ziana Zain.
Kemunculan penyanyi, Haqiem Rusli sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja dikalangan para peminat tetapi seluruh penonton yang menyaksikan Konsert Digital Jelajah Suria.
Selain lagu Bangkit, Haqiem turut membawakan lagu Mimpi yang kini telah pun meraih 13 juta tontonan dalam masa dua bulan.
Yang ditunggu-tunggu akhirnya telah pun tiba, persembahan penutup yang penuh bertenaga telah disempurnakan oleh penyanyi lagenda, Datuk Awie.
Membawakan lagu Peronda Jaket Biru dan Sejati, persembahan Awie nyata memberikan 1001 kenangan buat mereka yang menyaksikan konsert di dalam keadaan norma baru ini.
Sumber Foto: Instagram Suria FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari baru-baru ini akhirnya berkongsi berita gembira dengan mengesahkan dia kini sedang hamil anak kelima.
Pelakon drama Kisah Kaisara berusia 37 tahun itu mengumumkan perkara tersebut menerusi Ask Me A Question di Instagram Story.
“Betul ke kak Sari mengandung lagi,” tanya pengguna Instagram sambil dijawab positif oleh Sari.
“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah,” balasnya.
Bagaimanapun, Sari turut berkongsi, ia sebenarnya adalah kandungan ketujuh selepas dia mengalami dua kali keguguran.
Menerusi satu pautan lain, Sari turut berkongsi reaksi rakan selebriti, Wawa Zainal.
Secara seloroh, isteri kepada Aeril Zafriel itu memberitahu dia akan cuba ‘mengejar’ kehamilan Sari.
“Bestnya, tahniah Sari Yanti. Ku kejar nanti,” jelas Wawa sambil disambut Emoji oleh isteri Jep itu.
Terdahulu, teka teki yang membayangkan Sari hamil lagi mulai timbul selepas dia berkongsi foto bersama Scha Alyahya di Instagram.
Menerusi laman media sosial Instagram, pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik satu rakaman video yang berkongsi bersama pengikutnya.
Rakaman video tersebut memaparkan bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mengenakan telekung yang dihadiahkan pelakon, Marsha Milan sambil dilihat seolah-olah sedang melakukan salah-satuk teknik senaman.
“Bila malam jumaat lepas tu terus masuk class. Tak sempat tukar gym attire. Thanks @marshamilan memang lightweight your telekung . 5,6,7,8 i see you guys soon #virtualreality,” tulisnya.
Lantas, perkongsian adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini telah mendapat perhatian warganet.
Ramai yang menyifatkan tindakan Sakinah keterlaluan dan tidak sesuai melakukan aksi sedemikian apatah lagi ketika mengenakan telekung.
“Telekung tu tinggi darjatnya walaupun dari kain… perlu dijaga selayaknya,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen.
“Telekung tu,Ya Allah semoga Allah kurniakan keinsafan pada hati kamu,” doa peminat kepada Sakinah.
“Astagfirullahalazim.. Bwk2 la ngucap weii buat malu kaum jela,” tulis peminat.
“Nk menganjing x Kena tempat..ni ke cara nk tunjuk contoh baik islam pd mat salleh tu.kinah2.ni lh jd klu sentiasa rasa diri tu betul..,” nasihat seorang wargamaya.
Pada masa sama, ada juga segelintir peminat yang meluahkan rasa kurang senang dengan komen yang diberikan oleh netizen.
“Bila dah tutup aurat semasa workout, orang kata mempersendakan agama pula… haih tak faham…,” tulis salah seorang peminat.
“Telekung tu sejenis pakaian ya apa kena mengena plak dia mempersenda agama.Bangang nya semua nak jadi ustazah tapi main ig jgk,follow jugak artis.. sedihh!!,” balas peminat di ruangan komen entri berkenaan.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan bergelar usahawan yang berjaya.
Penyanyi, Liza Hanim yang sudah menceburi dalam dunia perniagaan ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dialaminya ketika menjalankan perniagaan hijab.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini pernah berasa kecewa apabila impian untuk memiliki koleksi hijab tidak berjaya.
Meski pernah gagal, penyanyi berusia 41 tahun menganggap perkara tersebut sebagai satu aturan hidup yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa.
“Impian tertangguh Ni post bersambung tau jadi keep reading swipe left k. Pada followers saya mesti ramai yang tahu dan perhaps tertanya jugak in Nov 2019 saya ada buat launch untuk collaboration dengan brand hijab untuk koleksi saya yang pertama,
“Dapat coverage baik jugak dari press tapi bukan rezeki saya collaboration itu terhenti di tengah jalan. Kecewa? Mustahil tidak. Namun I believe there is always a greater reason yang hanya Allah yang tahu,
Kini, Liza bakal melancarkan koleksi hijab yang pertama hasil kolaborasi bersama dengan pelukis tempatan yang dikenali sebagai Pip Of Art pada Sabtu hadapan.
“Fast forward June 2020 di Malaysia Hari Ini Allah temukan saya dengan Pip, a super talented artist. Baru first time jumpa ada rasa connection dan dia hadiahkan saya one of her artwork saya jatuh cinta,
“Dan selepas itu we kept in touch dan talked on Instagram message, she is an amazing amazing women dan sangat kuat. We had something in common, thought she is living it, but we connected because of it,
“I can’t tell you unless she says I can because her story so touching and inspiring itu another story lah. Tercetuslah idea untuk mengabadikan artwork nya dan share dengan semua orang. And I ask apa kata, your painting dijadikan my first hijab collection, she said YES!!!
“Alhamdulillah!!! Now on 13/3/2021 I will releasing my first hijab collection with Pip’s artwork. Perancangan Allah Maha Hebat, kekecewaan saya diganti dengan rezeki yang lebih bermakna dan impian tertangguh saya kini tercapai. May our friendship lasts for eternity and I pray for your wellbeing Pip. Thank you for making my dream came true,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.