Kakak kepada aktres Emma Maembong, Yaya Maembong telah berkongsi dengan peminat bakal mendapat cahaya mata yang kedua menerusi entri terbarunya di Instagram.

“Assalamualaikum Mohammad…” tulisnya ringkas.

Assalamualaikum Mohammad…

A post shared by yaya maembong (@yaya_maembong) on

Dia yang hamil lima bulan turut memberi gambaran bakal menamakan anak lelakinya dengan nama Mohammad. Nampaknya Yaya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat anak kedua pasangan selebriti berkenaan.

Ads

Yaya telah berkahwin dengan pelakon, Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Seri Aileen Marissa yang kini berusia 17 bulan.

Seri Aileen Marissa juga merupakan pelakon cilik mula mencuri perhatian netizen selepas mebintangi drama rantaian, Sayang Papa Saya Tak? yang menggandingkan ibu saudaranya, Emma Maembong dan Hisyam Hamid.

Yaya Maembong Hamil Anak kedua, Tayang Baby Bump

Ads

Malah, anak sulung Yaya juga mempunyai jumlah pengikutnya yang ramai di laman sosial popular, Instagram. Kini bayi comel itu mempunyai lebih 260,000 pengikut.

Ibu kepada pelakon cilik itu dijangka bersalin Februari tahun depan. Dia juga kebetulan lahir pada Februari dan berharap dapat berkongsi tarikh lahir sama dengan anak keduanya.

Ads

Nampaknya keluarga kecil mereka sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata lelaki dan perempuan.MH Online mendoakan agar Yaya dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

Yaya Maembong Hamil Anak kedua, Tayang Baby Bump

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI