Yasin Sulaiman dikenali sebagai penyanyi dan komposer, namun dia bijak merencana pembabitannya menerusi penyertaan pelbagai misi kemanusiaan.

Tampil berbeza, selebriti berusia 41 tahun ini muncul dengan single khas, Yaseen menerusi projek kemanusiaan, O’mankind.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu berkata, projek kemanusiaan itu membabitkan budaya dan kesenian Islam serta siri jelajah dari masjid ke masjid di seluruh negara.

“Projek ini bukanlah berfokus kepada keuntungan semata-mata sebaliknya menerapkan nilai murni melalui hiburan santai kepada masyarakat setempat.

“Ia juga bertujuan menarik golongan muda mengimarah masjid berhampiran melalui gerakan budaya,” cerita Yasin kepada Media Hiburan.

Yasin Sulaiman Jelajah Dari Masjid Ke Masjid

Tidak keseorangan, katanya, lagu itu menyaksikan kolaborasi dengan penerbit, Farihin Abdul Fatah, rapper popular, Altimet dan penyanyi Muslim kelahiran Amerika Syarikat iaitu Barakah.

Kata Yasin, uniknya lagu yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi itu menampilkan tiga bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Ads

Yasin yakin lagu itu akan menjadi sebuah lagu hebat seperti Alhamdulillah versi milenium.

Pada masa sama, Yasin juga hadir dengan single terbarunya, Dialah ciptaan bersama Faizal Tahir dan Ezra Kong, yang disifatkan sebagai karya interbudaya yang mempunyai maksud sangat mendalam dan mempunyai pelbagai interpretasi.

Lebih menarik, katanya, video klip lagu itu menampilkan pelakon, Adam Corrie beraksi melalui persembahan koreografi unik yang menggabungkan seni taichi dan silat.

“Dialah sudah mula dimainkan di radio dan klip video juga sudah dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube sejak 31 Mei lalu. Alhamdulillah, penerimaan peminat juga sangat memberangsangkan,” katanya.

 

dialah #art #dance #taichi #silat #martialarts #spiritual @adamcorrielee @faithworksmy @faithfulmusicmy

A post shared by Yasin Sulaiman | Malaysia (@yasinsulaiman) on

Ads

Tidak hanya mempergiatkan seni solo, Yasin turut mempertaruhkan single terbaru, Dua Malaikat menerusi kumpulan nasyid kontemporari, Brothers.

Jika sebelum ini, Ramadannya hanya ‘lebih kurang’ saja tapi tahun ini katanya, banyak projek terbaru yang berlaku secara kebetulan.

Jelasnya, lagu itu didedikasikan untuk rakan mereka yang juga ahli kumpulan Brothers, Allahyarham Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 6 Oktober tahun lalu.

“Kini, kita (Brothers) hanya tinggal bertiga selepas kematian mengejut Salleh tahun lalu,” ujar Yasin.

Tambahnya lagi, sebelum meninggal dunia, Salleh sebenarnya dalam proses menerbitkan sebuah lagu namun Tuhan lebih sayangkannya, jadi projek itu terbengkalai seketika.

Ads

Justeru, atas rasa tanggungjawab, Yasin mengambil keputusan menyiapkan lagu berjudul Dua Malaikat selepas bekerjasama dengan InTeam.

Sebagai antara penggerak lagu-lagu keagamaan, Yasin berpendapat, Gema Gegar Vaganza (GGV) membantu menyemarakkan kembali industri nasyid tanah air yang semakin malap.

Tambah Yasin, program itu dapat membantu memartabatkan kembali muzik nasyid di negara ini.

“Sambutan peminat terhadap program ini juga sangat luar biasa,” katanya yang bakal meraikan Aidilfitri di Kajang.

Bagaimanapun, pelantun lagu Salsabila ini menolak menyertainya jika secara solo tetapi bersedia menimbangkannya jika anggota Brothers yang lain bersetuju turut serta.

Oleh : Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI