Penyanyi Sabronzo daripada kumpulan pop wanita, Dolla mengakui dia teruja meski pada awalnya gementar ketika pertama kali terlibat di pentas peragaan di Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW) di Pavilion, Ahad lalu.
Tampil tersendiri sebagai antara ‘muse’ koleksi Noir dari Neonate Cloting, Sabronzo turut menyifatkan peluang tersebut sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.
“Banyak tekanan, tetapi akhirnya ia menyeronokkan. Malah model dan artis lain yang terlibat di belakang pentas pun ramah belaka. Pengalaman yang bagus.
“Malah saya sangat terharu apabila rakan-rakan lain turut hadir dan memberikan sokongan,” katanya.
Ads
Ditanya sejauh mana sokongan sesama ahli kumpulan akan berterusan terutamanya dalam soal kerjaya seni, Sabronzo mewakili Dolla akui bukan hal mudah untuk terus kekal bersama, namun mereka cuba pertahankannya.
“Kami sedia maklum bahawa tiada kumpulan pop wanita yang mampu untuk kekal selama-lamanya. Masing-masing akan ada misi dan impian untuk mencapai apa yang diinginkan.
“Akan tetapi impian kami pada ketika ini ialah cuba pertahankan Dolla selama yang mungkin seterusnya dapat capai impian kami yang tertinggi,” katanya.
Ads
Atas pelbagai kejayaan yang diraih, Dolla yang kini tampil dengan single Berani juga bersedia sekiranya semua gerak-geri diperhatikan, termasuk soal peribadi.
“Kami sudah boleh jangka perkara sedemikian akan berlaku pada awal-awal Dolla ditubuhkan lagi. Kami rasa okay saja sebabnya kami pun tiada perkara yang ingin disorokkan pada peminat.
“Kami jenis yang ‘real’. Apa yang ditonjolkan di media sosial, itulah diri kami yang sebenarnya. InsyaAllah tidak akan sorok kalau ada teman lelaki misalnya. Cuma belum ada (teman istimewa), jadi belum tahu bagaimana,” jelas Dolla.
Ads
Selain Sabronzo, koleksi 30 rekaan itu yang turut disokong Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan ‘muse’ lain iaitu Namron Abdul Latif Romly, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek Bosco dan Aidil Maula.
Kerjasama ini dilihat selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman selain menyokong semangat ‘support lokal’.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ajal dan maut di tangan tuhan, tiada siapa yang tahu bila insan tersayang akan menghembuskan nafas terkahir. Inilah yang terjadi kepada penyanyi Chris Daughtry yang baru kehilangan anaknya.
Penyanyi dan juga bekas peserta American Idol itu segera terbang pulang dari konsert jelajah setelah mendapat perkhabaran anak tirinya, Hannah, 25, meninggal dunia secara mengejut di rumahnya sendiri di Nashville, Amerika Syarikat.
Disahkan meninggal pada Jumaat waktu tempatan, mayat Hannah dijumpai oleh Jabatan Polis Nashville. Mendiang merupakan anak hasil perkahwinan isteri Chris, Deanna Daughtry yang pertama. Walaupun dia sekadar anak tiri Chris, hubungan mereka rapat sebagai satu keluarga.
“Disebabkan kematian anak perempuan Chris dan Deanna Daughtry, Hannah secara mengejut, semua rancangan yang telah dijadualkan pada minggu akan datang untuk Chris telah ditangguhkan,” kata wakil penyanyi itu dalam satu kenyataan kepada sumber pada hari Jumaat.
Menyambung lagi kenyataan itu, “Keluarga Chris mengucapkan terima kasih atas pemahaman anda dan dengan penuh hormat meminta privasi ketika waktu yang sangat sukar ini. Butiran lanjut akan diberikan pada masa akan datang. Siasatan terhadap kematian tragis ini masih diteruskan.”
Selain Hannah, Chris turut memiliki seorang lagi anak tiri, Griffin. Hasil perkahwinannya dan Deanna, Chris dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Adalynn Rose dan Noah James yang berusia 10 tahun.
Chris mula terkenal dalam dunia seni tarik suara Hollywood apabila dia menyertai pertandingan realiti popular, American Idol musim kelima pada tahun 2006. Hasil populariti yang dikecapi, dia pernah empat kali dicalonkan dalam anugerah Grammy.
Baru-baru ini, sepotong video yang dikongsi pihak pengurusan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah di akaun Instagram mengundang sayu seterusnya menjadi perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan anak ketiga Allahyarhamah, Ariq Matin yang dilihat membawa tudung arwah ibu ketika berliburan di sebuah lokasi percutian.
Ditanya siapa pemilik tudung berkenaan, Matin mengatakan ia tudung ibu dan sangat cantik.
“Nak berjalan pon bawa tudung ibu. Alahai Ariq Matin anak manja ibu ni, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah.
“Asyik heret je tudung Arwah ibu ni, sepatutnya launch bulan 8 tapi tak berkesempatan. So kita launch esok di @lovetahq#limitededition,” kapsyen yang tertera.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi seterusnya menitipkan doa serta salam takziah buat Shuib sekeluarga.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua minggu mengalami keguguran, penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih buat suami Shahzemir Shahzulkarib yang banyak membantu sepanjang tempoh pantang.
Rafidah atau sinonim disapa Fida memuat naik foto serta perkembangan dirinya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Alhamdulillah terima kasih En Suami yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.
“Banyak perkara yang kami tak tau dan sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara. Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yg tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.
“Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. *gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.