Ads

“Yang Paling Viral Orang Kata Suara Seperti ‘Hon Lori’,” – Vokal Kena Hentam, Agy Positif & Pilih Tenang Ulas Isu Lagu Raya

“Ada yang kata suara saya kepit, bingit, nyaring dan yang paling viral orang kata suara seperti ‘hon lori’.”

Demikian kata penyanyi dan pempengaruh, Agy mengenai antara reaksi negatif yang diterima menerusi lagu raya terbaharunya, LaLa Raya yang kini baru sahaja dilancarkan.

Kekal positif, Agy bagaimanapun menerima segala pandangan orang ramai dengan hati terbuka.

Malah menurut Agy, atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, dia juga tidak pernah berniat untuk melawan atau mempertahankan diri secara berlebihan terhadap apa-apa komen yang diterima.

“Sejujurnya semua orang punya komen saya terima dengan hati yang terbuka. Tak ada saya rasa macam nak melawan atau nak membetulkan keadaan, tak ada. Saya terima dengan baik (komen), tiada masalah,” katanya.

Agy berkata demikian ketika ditemui pada sesi iftar bersama rakan media di Bungalow 37, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengeani gaya vokalnya di dalam karya tersebut, Agy menjelaskan lagu tersebut sebenarnya dinaikkan satu kunci (key) bagi mendapatkan ‘vibe’ yang ingin disampaikan.

Ads

“Sesi rakaman lagu ini berlaku bersama dengan ‘team’ yang profesional. Tapi mungkin khilaf kami, kalau dikatakan bingit kami terima dan ambil maklum untuk memperbaiki pada projek yang seterusnya.

“Lagu ini sebenarnya dinaikkan satu key daripada versi asal untuk dapatkan ‘vibe’ lagu tersebut.

“Malah ada juga yang kata lagu ini seperti ‘annoying’ dan tak kena dengan raya. Sebenarnya juga, memang niat kami ada elemen ‘catchy’ yang mungkin ‘meng-annoying-kan’ orang dalam masa sama.

“Mungkin dari segi susunan lagu itu buat orang rasa annoyed. Tapi itu yang kita nak tangkap perhatian supaya ingat melodi lagu itu. Ramai juga yang ingat bahagian ‘kembali pulang’ itu, dan saya gembira,” ujarnya lagi.

Ads

 

“Yang Paling Viral Orang Kata Suara Seperti ‘Hon Lori’,” – Vokal Kena Hentam, Agy Positif & Pilih Tenang Ulas Isu Lagu Raya
 
“Yang Paling Viral Orang Kata Suara Seperti ‘Hon Lori’,” – Vokal Kena Hentam, Agy Positif & Pilih Tenang Ulas Isu Lagu Raya
 
“Yang Paling Viral Orang Kata Suara Seperti ‘Hon Lori’,” – Vokal Kena Hentam, Agy Positif & Pilih Tenang Ulas Isu Lagu Raya
 

Mohon Kecaman Tidak Libatkan Keluarga 

Dalam pada itu, Agy berharap segala kecaman tidak membabitkan ahli keluarga serta rakan-rakan yang terlibat dalam MV berkenaan.

“Saya nak tekankan, harap jangan sentuh famili dan kawan-kawan saya dalam muzik video tersebut sebab mereka hanyalah sistem sokongan saya. Jangalah diisukan. 

Ads

“Kalau anda semua tak sukakan saya atau benci saya, fokus pada saya saja. Saya minta sangat tolong jangan kaitkan mana-mana pihak, cuma saya. Saya boleh terima dengan baik dan seikhlas hati,” katanya lagi.

Pada masa sama, Agy memaklumkan versi baharu MV jugatelah dimuat naik dengan membuang sepenuhnya babak meja makan yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.

Terdahulu, Agy telah tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi MV lagu LaLa Raya yang didakwa mempunyai unsur atau gambaran persis lukisan terkenal, The Last Supper.

Jelas Agy, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk mengaitkannya dengan mana-mana agama, bangsa atau kaum menerusi karya tersebut.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Bertuah para jemputan hari ini, bila Agy buat pertama kali sampaikan lagu raya terbaharunya, ‘LaLa Raya’! Onz tak onz? 🔥 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jika Langgar Perkara Tak Sepatutnya…,” – Lagu Raya Tak Hormat Sensitiviti?...

Meskipun tiada syarat khusus untuk menulis atau menghasilkan sesebuah lagu raya, penyanyi, Syamel berpendapat para penyanyi tetap perlu menjaga sensitiviti dalam setiap karya yang dihasilkan.
error: Hello. Cannot.