Sering kali kita mendengar cerita tentang pembantu rumah membuat kesalahan seperti mencuri, memukul anak majikan, lari dari rumah dan sebagainya.

Sebagai manusia, MH faham mungkin ada majikan yang terlalu marah dengan sikap pembantu rumah mereka sehingga bertindak di luar kawalan dengan mendera pembantu ini.

Terbaru, heboh tentang isu seorang majikan didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pembatu rumahnya dan hal ini mendapat perhatian daripada penyanyi popular, Siti Sarah.

Siti Sarah menerusi akaun Instagramnya berkongsi keratan salah sebuah akhbar tentang kes ini dan di ruang kapsyen meluahkan rasa geram kerana ada manusia yang sanggup melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah seperti ini.

IKLAN

“kenapa ada orang yg sanggup???

 

“???? kenapa ada orang yg sanggup melakukan keganasan sedemikian rupa ??apa hak kamu untuk memperlakukan sedemikian?? kalau marah macam mana sekali pun , suruh la agensi ambil balik dan tukar maid yg baru …yg faham kehendak awak….yg pg hentam separuh mati budak ni dah kenapa??mana hilangnya sifat keperimanusiaan anda?

 

“maid ni patutnya kite kene tunjukkan contoh yg baik & kasih sayang.bayangkan mereka tinggalkan keluarga , datang ke tempat asing semata2 nak jaga ank kite,memasak , mengemas & uruskan segala2 hal ehwal rumah kite yg mana kita sendiri TAK MAMPU nak buat!

 

“ye mmg ada maid yg ada karenah,nama pon manusia yg pastinya ada kekurangan masing-masing..,” tulis Siti Sarah.

Nampaknya ruang komen posting Siti Sarah ini dihujani dengan komen daripada pengikut dan peminatnya yang sama-sama meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap perkara yang telah terjadi.

izahzahiyah02: Jahatnya manusia…bila nafsu menguasai diri…

IKLAN

hajarul_ramadhan: Firaun je perangai mcm nie dah menhambakan org satu hal pas uh dera pulak.. Ada masalah mental majikan dia nie..

amirulmazlan91: Bila nafsu menguasai diri sampai x sedar kita sama perangai israel sekarang nak membunuh

IKLAN

MH setuju dengan apa yang dikatakan oleh Siti Sarah, dah nama pun manusia pastinya ada kekurangan di mana-mana namun dengan cara memukul dan mendera itu bukanlah jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Diharap perkara yang terjadi ini dapat membuka mata semua untuk diambil sebagai pengajaran dan semoga hal sebegini tidak berulang lagi.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raisuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI