Pendakwah bebas dan pengacara, Imam Muda Asyraf menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon senior, Haeriyanto Hassan untuk terus melawan penyakit yang sedang dilaluinya ketika ini.
Menurut Asyraf, Haeriyanto sememangnya berasa amat yakin bahawa dirinya bakal diberikan kesembuhan tidak lama lagi.
“Abang Haerieyanto punya semangat sangat luar biasa. Berkali-kali beliau ulang menyebut, yang beliau insyaAllah akan direzekikan kesembuhan oleh Allah.
“Semangat untuk berkhidmat. Semangat sebagai ketua keluarga. Berkat doa yang tak henti. Yakin dengan kuasa Allah. Itulah yang banyak saya belajar hari ini,” tulisnya di Instagram.
Pengacara program, Sembang Viral Mega ini berkata sedemikian sewaktu menziarahi Haeriyanto di rumahnya untuk menyampaikan bantuan yang telah disumbangkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Ads
Pada masa sama, Asyraf turut mendedahkan dirinya juga telah banyak mempelajari ilmu baharu sewaktu lawatan tersebut antara adalah untuk sentiasa percaya dengan kuasa Allah.
“Pelakon Haerieyanto Hassan baru-baru ini dikejarkan ke Hospital Ampang (HA), Selangor. Selepas mengalami strok ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri kaku.
“Terima kasih team Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, PERKESO, Baitulmal-Maiwp, Persatuan SENIMAN, Asiafest dan semua penyumbang. Semoga Allah rahmati,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen nyata gembira melihat perkembangan terkini pelakon tersebut selain turut mendoakan semoga Haeriyanto akan kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga cepat sembuh bang. Saya peminat abang sejak lama.
“Semoga Allah berikan kesembuhan dan permudahkan segala urusan Abang Haeriyanto sekeluarga. He is one of the versatile actor on screen.
“Patutlah lama tak nampak dekat tv. Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah. Amin.
Ads
“Memang minat sangat dengan Abang Haeriyanto ni berlakon. Semoga ceoat sihat bang. Dapat tengok abang berlakon lagi.
“MasyaAllah pelakon hebat. Semoga cepat sembuh. Amin, antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, Haeriyanto telah menerima rawatan di Hospital Ampang selepas keadaan sarafnya menjadi lemah sehingga menyebabkan sebahagian daripada anggota badannya sukar untuk bergerak.
Haeriyanto kini telah pulang ke pangkuan keluarga dan akan berehat daripada aktiviti lakonan buat sementara waktu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana tidak pernah menyangka perjuangan selama 11 tahun bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi akhirnya berjaya sembuh dan kembali sihat atas izinNya.
Elyanat berkongsi perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan secara maya di Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3, pada Khamis.
“Perasaan saya sudah semestinya sangat-sangat gembira dan saya rasa seperti bagai hidup semula. Kerana saya dapat kehidupan saya semula, diri saya semula dan menikmati dunia ni kembali.
“Sebab dulu kenikmatan itu semua dah hilang malah ia hilang sekelip mata sebelum ini. Sekarang saya masih lagi rasa di antara percaya atau tidak percaya sebenarnya,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui dirinya pernah rasa berputus asa untuk melawan ujian yang dihidapinya, sebelum ini.
“Mungkin kerana terlalu lama saya berjuang dengan penyakit kanser ini, pada tahun keenam lagi sebenarnya saya sudah rasa hilang percaya yang saya akan sembuh.
“Tapi saya selalu berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, kalau lah ditakdirkan aku ni tidak dapat sembuh, panjangkan lah umurku, berikan lah aku tenaga sebagaimana orang lain yang sihat sebab aku ingin membesarkan anak-anak dan menemani mereka sehingga ada orang yang nak menyayangi mereka sebagaimana aku menyayangi mereka,” luahnya lagi.
Imbas kembali, Elyana mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya, pada tahun 2017.
Selepas 11 tahun berjuang menjalani rawatan, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah sembuh dan bebas kanser limfoma sepenuhnya, pada Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon, Siti Hariesa mulai menjadi buah mulut ramai selepas tampil di dalam klip ‘trailer’ drama terbaru berjudul Perempuan Itu bersama aktor Zul Atiffin yang menjadi perhatian sejak semalam.
Bakal menemui penonton tidak lama lagi, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama berkenaan telah menyebabkan wargamaya terkejut.
Ramai yang memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan yang sekaligus membuatkan nama pelakon wanita itu turut diberikan tumpuan.
Ternyata, ia memberi impak kepada bintang baru yang dikenali menerusi DFKL 2019 itu apabila jumlah pengikutnya di Instagram dilihat kian bertambah.
Baru-baru ini, nama selebriti Kiah Propa telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas membuat kemunculan mengejut di pentas akhir program Big Stage 2022, Ahad lalu.
Kiah yang lengkap membawa senduk kuali meluru secara tiba-tiba ke posisi Presiden Netizen, Datuk Seri Vida.
Situasi spontan itu nyata menimbulkan rasa cemas penonton terutamanya bagi mereka yang menyaksikan secara siaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bagaimanapun, kemunculan bekas hos itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan sebuah drama rantaian terbaharu, Jangan Menangis Cinta terbitan Astro.
Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, Kiah memberitahu bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak produksi.
Tambahnya lagi, sebagai seorang pelakon dia harus melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak yang telah diberikan kepadanya.
“PEGANG TEGUH PADA WATAK YG DIBERI… AYANG BT SATNA @dramajanganmenangiscinta Arahan @rajamukhriz karya hebat @sitirosmizahsemail
“Tidaklah bangga wataknya sebegitu..hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang pelakon..Terima kasih Malaysia kerana menerima saya..,” tulisnya.
Selain Kiah, Jangan Menangis Cinta ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Remy Ishak, Rita Nadira, Atilia dan ramai lagi.
Drama bersiri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, bermula 21 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Kiah Propa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...