Rentetan isu berbalas kenyataan bersama pelakon, Iqram Dinzley, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan hubungannya dengan rakan selebriti tersebut tidak akan pernah berubah.
Menurut Fazley, dia sebenarnya tidak berniat untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan sensasi, sebaliknya, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi.
“Pada saya, Iqram akan sentiasa menjadi sahabat saya. Tujuan saya mengeluarkan kenyataan sedemikian bukan untuk menegur tapi sekadar memberikan komen dan pendapat.
“Setiap orang didalam industri ini bebas untuk memberikan pendapat. Prinsip saya tetap satu, tidak kiralah pelakon, penyanyi atau pemain muzik, kita semua satu keluarga. Saya ada abang long, kak long, pak teh dan macam-macam lagi.
“Bila saya memberikan komen, tiada langsung niat untuk menjatuhkan atau menjadikan isu tersebut sensasi. Apa yang saya dan Iqram katakan, isu ini bukan untuk diperdebatkan.
“Dia bebas untuk mengatakan apa sahaja. Begitu juga saya. Pada saya, dia masih sahabat,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu, Asmara Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan menu baharu Tony Roma’s yang berlangsung di, Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Fazley turut memaklumkan dirinya juga tidak mengambil hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh Iqram kepadanya.
“Pada saya, apa yang dilakukan oleh Iqram, itu adalah kebebasan dia. Saya tetap menghormatinya kerana itu yang dia rasai. Saya tak boleh berkata apa-apa kerana saya bukan mengkritiknya.
Ads
“Saya hanya menyuarakan apa yang ibu bapa rasakan. Pada saya, dia ada kebebasan untuk bersuara sebab itu platform dia sendiri. Apa yang dia nak cakap itu hak dia.
“Saya tak ambil hati pun dan saya harap dia juga begitu. Melainkan kalau saya memang mengkritik. Kalau saya kritik, ia akan jadi pedas tapi itu hanya lontaran pendapat,” komgsi lagi.
Ketika ada pihak yang menyifatkan tindakan Iqram itu sebagai keterlaluan, bapa kepada empat orang cahaya mata ini berpandangan, setiap orang punyai cara yang tersendiri untuk memberikan pandangan.
Ads
“Pada saya, itu memang cara dia. Setiap artis ada cara masing-masing. Ada yang bercakap pedas, ada yang lembut dan ada juga yang bercakap tanpa mengira perasaan. Itu adalah content masing-masing.
“Kalau saya berjumpa Iqram di luar, dia masih macam orang biasa. Kami tetap bersahabat. Kalau itu cara mereka melontarkan pendapat, siapa kita nak menilai,” akhirinya.
Baru-baru ini, Fazley secara terbuka menyuarakan rasa kurang senang dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Iqram yang dikatakan sengaja mencekik pelakon, Mona Ellen demi mempromosikan drama.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat reaksi balas daripada Iqram yang mengatakan netizen pada masa kini sudah bijak menilai segala tindak tinduk para selebriti.
Malah, Iqram juga turut berkongsi foto tangkap layar daripada seorang netizen yang mengungkit kembali kisah kontroversi pangkat doktor yang pernah dikaitkan dengan Fazley suatu ketika dahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, gadis remaja yang hangat dikaitkan dengan aktor Aliff Aziz, dikenali sebagai Mell akhirnya mendedahkan fotonya bersama lelaki yang bersandar di lehernya bukanlah penyanyi lelaki yang dimaksudkan.
Foto yang mulai tersebar sejak semalam itu mulai tular selepas dikongsikan pengguna media sosial. Malah, ada yang beranggapan ia merupakan foto bersama penyanyi tinggi lampai asal Singapura itu.
Jelas Mell lelaki di dalam foto tersebut adalah bekas kekasihnya.
“Bodoh apa korang nak fitnah pun agak-agak lah. Tu ex-couple aku, bukan Aliff Aziz. Macam sial je,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dilakukan gadis viral itu menerusi Insta Stories Instagram miliknya.
Dua hari lalu, wujud sebuah akaun Twitter yang mulai menyebarkan sekeping foto kurang sopan bintang lelaki itu bersama Mell berswafoto di sebuah bilik hotel.
Foto: Instagram Nismell
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Mendedikasikan perkongsian buat bakal ibu atau ibu yang menyusukan anak, jelas Yatt Hamzah, persediaan yang penting ialah memilih bra menyusu yang betul.
Tambahnya lagi, pemakaian bra yang tepat akan membantu keselesaan dan melancarkan pengeluaran susu buat si kecil.
“ATTENTION – Post ini khas buat WANITA SHJ KHUSUSNYA IBU/BAKAL IBU YG BF/SUSUKAN ANAK.
“Ramai DM & PM Bonda.. Apa persediaan sblm jadi ibu atau sblm ke hospital melahirkan? Semalam pun adik Bonda yg no 8 dr 9 adik beradik kami pun tanya soalan sama. Siap dtg rumah nak berguru😅.. JAWAPAN BONDA NURSING BRA!! COLI MENYUSU. Haaa, dah beli ke belum?? Ini antara 10 BARANG WAJIB bila nak melangkah ke fasa menjadi IBU. Lg 9 Bonda share lain kali ya In shaa Allah,” kongsinya.
Pelakon ini turut menyenaraikan tujuh tips penting sebagai panduan.
“Nursing Bra yg mcm mana Bonda? Haaa ni pula next question bila Bonda dah bgtau jawapan pertama td. Yaaa, dah biasa dah.
“Ok, Bonda share d sini.. Pilih Nursing/BF bra yg ;
1. Seamless, Non wired, tak berdawai but still boleh support & lift up dada utk kekalkan bentuk. Wired bra x elok sbb ganggu kelancaran susu dan menyakitkan bila pakai lama.
2. Yg materialnya lembut, stretchable dan serap peluh. The best is premium cotton. Mmg berbaloi dan selesa sgt2.
3. Yg adjustable dan stretchable so boleh pakai lama especially masa preggy dan lepas bersalin, Size badan (dada & perut) akan berubah so adjustable & stretchble bra mmg sgt membantu.
4. Make sure ukur betul2 payudara semasa membeli bf bra dan ambil yg 1 size bigger sbb mmg breast akn membesar penuh dg susu nnti In shaa Allah.
5. Yg ada Klip bukaan menyusu jenis plastik bkn besi atau button sbb plastic plg selesa dan selamat utk bby. Besi akan berkarat dan memudaratkan bayi juga ibu. Butang juga agak susah nk buka dan ambil masa.
6. Make sure ada padding yg terletak dan x mudah beralih utk pastikan breast selesa dan ada support.
7. Takpe kalau mahal sikit, janji boleh pakai lama sbb kualiti bagus. Yg murah pakai skjp dah rosak nanti. Bonda mmg invest lbh sket utk bf bra sbb nak pakai lama. Kita menyusu semua 4 anak so mmg bertahun2 pakai bf bra. Apapun ikutlah kemampuan msg2 ya,” tambahnya.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.