Figura di sebalik topeng Aiskrim Roti sudah pun diketahui apabila penyanyi, Iman Troye tersingkir pada minggu kelima saingan.

Menerusi persembahan minggu ini di The Masked Singer Malaysia, bintang popular itu mendendangkan lagu Assalammualaikum nyanyian asal Faizal Tahir.

Sementara itu menerusi Instagram, Iman turut mengisi masa menerusi sesi siaran langsung untuk berbicara mengenai penglibatannya di dalam program tersebut.

“Ya! Saya Aiskrim Roti,” – Iman Troye Di Balik Maskot, Terlerai Teka-Teki

“Apa yang paling seronok ialah bila selesai buat persembahan. Hilang perasaan gementar. Sebabnya meski pakai topeng, tetap rasa perasaan itu.

“Bila pakai maskot, pergerakan kita perlu lebih besar. Jika pergerakan itu sedikit, mungkin orang tak akan nampak,” katanya ketika sesi ‘live IG”.

IKLAN

Manakal pada ruangan kapsyen, Iman yang kini muncul dengan single baru, Harum Sundal Malam memberikan reaksi ringkas iaitu;

“Ya! Saya Aiskrim Roti,” – Iman Troye Di Balik Maskot, Terlerai Teka-Teki

“Ya! Saya Aiskrim Roti.”

IKLAN

Minggu ini juga menyaksikan Orkid, Rambutan dan Seladang berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Ratu Semut, Periuk Kera dan Aiskrim Roti.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

IKLAN

Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos dan jangan lupa tontonnya setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

“Ya! Saya Aiskrim Roti,” – Iman Troye Di Balik Maskot, Terlerai Teka-Teki

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/BC7URRDM_mI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI