Nampaknya segala teka teki terjawab apabila suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengesahkan kepada Berita Harian gambar yang tersebar itu memang gambar anaknya.

Katanya, dia amat terkilan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar tersebut kerana menurutnya dia sudah merancang untuk mengumumkan nama anaknya terlebih dahulu sebelum berkongsi gambar wajah anaknya di sebuah majlis khas.

‘Ya Itu Memang Gambar Anak Kami’ Datuk K Terkilan Gambar Anak Tersebar

IKLAN

Malah, Datuk K akui perkara seperti ini berlaku luar dari kawalannya kerana terlalu ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarahinya.

IKLAN

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami”

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya.

Katanya lagi, sebagai langkah mengikut sunah Nabi, dia akan mengumumkan nama anaknya Fatimah Az-Zahara itu dalam masa seminggu akan datang.

IKLAN

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya lagi.

SUMBER: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI