“Ya, Isteri Hamil Lima Bulan,” – Tahniah! Syafiq Farhain Bakal Jadi Bapa

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.

Bersyukur atas rezeki zuriat, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, turut berdebar menanti kelahiran anak sulung yang dijangka lahir pada hujung Mei atau awal Jun ini.

“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.

“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.

“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, Syafiq dan Alia bernikah 

pada 10 Oktober 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN