Model terkenal, Hartini Yasin atau nama pentasnya, Tinie memaklumkan ibunya, Hasnah Abdullah telah pergi mengadap Illahi.
Berita dukacita itu telah dikongsikan peragawati itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Hasnah Binti Abdullah. 03-08-2020. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah rahmat kepada ibu.
Ads
“Semoga ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Semalam, syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque telah melancarkan lagu terbaru untuk siri popularnya, Upin Ipin berjudul Goyang Upin Ipin.
Difahamkan lagu berentak dangdut itu dibuat untuk menembusi pasaran di Indonesia.
Tayangan perdana video muzik "Goyang Upin & Ipin" di Les' Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia) . Jom #GoyangUpinIpinpic.twitter.com/6atYB4kcjB
“Tayangan perdana video muzik “Goyang Upin & Ipin” di Les’ Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia),” tulis pengendali akaun Twitter Les’ Copaque.
Menerusi video tersebut, kesemua karakter siri Upin Ipin turut dilihat sama menari dan ‘bergoyang’ sepanjang lagu tersebut dimainkan
Dalam pada itu, lagu tersebut telah pun meraih satu juta tontonan di laman Youtube kurang 24 jam ia dimuat naik.
Sebelum ini, nama penyanyi, Ara Johari pernah hangat dikaitkan selepas dia didakwa menarik diri pada saat akhir untuk menjayakan sebuah program anjuran sebuah stesen television akibat masalah kesihatan.
Tidak lama kemudian, tular pula dakwaan di media sosial yang mengatakan masalah kesihatan tersebut berpunca daripada tabiat Ara yang suka mengambil minuman beralkohol.
Tampil menjernihkan keadaan, Ara tampil memberikan penjelasannya mengenai isu berkenaan.
Bintang ini menegaskan bahawa dia berani bersumpah dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah.
“Saya akui ramai gila yang kata saya kaki minum tapi, saya berani bersumpah yang saya tidak pernah minum dan sentuh minuman beralkohol atau bahan-bahan terlarang yang lain seperti dadah.
“Saya agak kecewa bila dakwaan seperti ini berlaku tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup.
“Saya hanya go with the flow dan biarkan sahaja apa orang nak kata. Saya tahu diri saya dan saya tidak pernah ambil atau terlibat dengan perkara sedemikian.
“Bagi saya perkara ini sangat sensitif dan ada kala saya juga berasa marah tapi mulut manusia saya tidak boleh kawal.
“Janji diri saya dan orang sekeliling tahu diri saya macam mana itu sudah cukup bagi saya,” katanya kepada MH.
Ara memberikan penjelasan itu ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur.
Tidak mahu menyalahkan orang sekeliling, Ara menyifatkan dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahu.
“Saya berkawan dengan semua orang dan saya akui ada juga diantara mereka yang agak sosial.
“Tapi segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Kalau kawan kita minum takkanlah kita nak minum juga.
“Biarkanlah dia kerana kita yang membentuk diri kita sendiri,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Astro bakal menyiarkan pelbagai program menarik untuk memberi penghargaan bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun antaranya, Bertakhta Di Hati Rakyat, Malaysia Vs COVID-19, Ottrumaiye Balam dan banyak lagi.
Para pelanggan Astro dapat mengikuti kesemua rancangan ini bermula 27 Ogos hingga 17 September 2020.
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...