“Ya Allah, Aku Rindu, Aku Sunyi, Aku Kosong,” – Kerinduan Linda Rafar Pada Arwah Ibu Tercinta…

Share

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ; 

“Ya Allah, aku rindu,aku sunyi,aku kosong… tolong kuatkan aku ya allah allahuakhbar hanya padamu shj aku bersujud dan memohon.

“Kau permudahkan segalanya utk hambamu yang lemah ni,” tulisnya. 

Baru-baru ini, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lepas. 

Salam takziah buat Linda seisi keluarga dan diharapkan Linda terus tabah menghadapi dugaan dariNya. 

Foto : Instagram Linda Rafar

IKLAN