Jika sebelum ini tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 dianggap tidak masuk akal atas harganya, kali ini nitizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan.
Memetik Sinar Harian, perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, bersempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria, yang sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000.
Difahamkan, tudung eksklusif itu bertahtakan swarovski dan diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan berusia 30-an dari negeri Kelantan.
Apa pun, jom ikuti beberapa bintang kita yang memang tampak ayu kala mengenakan tudung. Mungkin bukan kerana harganya, tetapi juga styling yang betul hingga menyerlahkan keanggunanan mereka.
Penyanyi, Kilafairy mengakui dia sudah terbiasa dengan kata-kata serta komen berbaur kritikan yang diterima berhubung penampilan yang dikatakan seksi.
Katanya kepada MH, bintang berusia 27 tahun ini bagaimanapun tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan, bimbang ia nanti akan berpanjangan.
Kilafairy nama sebenarnya Syakila Nisa berkata demikian sebagai mengulas persalinan cetak ular sawa yang dikenakannya pada sebuah majlis jenama antara bangsa, baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri beberapa artis terpilih itu mendapat reaksi pelbagai netizen apabila ada di antara mereka yang berpenampilan seksi, termasuk anak kepada Rohana Jalil itu.
“I tak ada komen pasal benda tu I tak boleh nak komen pasal benda tu sebab I tak nak benda tu berpanjangan.
“Pasal soal simbol seks pula, ia memangdaripada dulu lagi dah saya dah terbiasa. Apa pun, apa yang yang saya buat ialah, saya move foward and prove to them that I can do better that’s all,” kongsinya lanjut.
Pada masa sama, Kilafairy yang mesra disapa Kila turut akui dia sering menerima direct message (DM) berunsur kecaman dan berbaur negatif.
Namun, bintang tersebut lebih selesa untuk tidak mengambil pusing selagi ia tidak melampaui batas.
“Benda ini adalah perkara biasa kadang-kadang dia orang buat fake account saja jer nak kita reply nak tengok kita baca ke tak DM.
“Jadi Kila tak ambik hati dah tak pikir sangat pasal benda ni,” katanya kepada MH.
Sebak. Itu yang dapat diungkap apabila usahawan Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi video di Instagramnya sebentar tadi.
Video sedih yang dikongsikannya itu melihatkan DSV menziarahi pusara anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrri Zikri.
“SIAPA YG KEHILANGAN MRK YG TERSAYANG BARU RASA..BAGAIMANA SAKITT..PEDIH..DERITA..
“Mereka sangat rapat..Akrab..Bersemadi dalam 1 LIANG LAHAT..SY REDHO PEMERGIAN 2 PUTERA SAYA. DALAM TRAGEDI MUSIBAH 6 TAHUN LALU..
“MASIH DALAM INGATAN.. 25 Ramadan..Malam yg mrk nak Jumpa Lailatul Qadar..Kuat rindu..inagatan pada mrk..sangat sangat..
“SEHINGGA SAYA MOHON PADA ALLAH..KELUARKAN MEMORI BERSAMA MEREKA …HAZAB MENANGGONG RINDU PADA YG DAH PERGI..
“NAMUN PERGI 2 PUTERA ADA ISYARAT YG SY TAK NGERTI..KEPOLAN ASAP & MATA YG BESAR KEARAH SAYA PADA MALAM NIFSU SAABAN DI MEKAH DEKAT HOTEL CLOCK TOWER..DISAKSIKAN PA SAYA..36 HARI LEPAS KEJADIAN PELIK ITU.. PUTERA SAYA DI JEMPUT ILAHI.
AL FATIHAH YE KPD MUHAMMAD EDDIE ZUHDIE & MUHAMMAD EDRRI ZIKRI,” tulis DSV menziarahi pusara anaknnya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.
Berlatarbelakangkan lagu Rapuh, nyanyian Opick, video tersebut telah mendapat lebih 50,000 tontonan.
Untuk makluman, Allahyarham Eddie dan Edrri terkorban dalam insiden yang membabitkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada tahun 2013.
Video : IG Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.