Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang memiliki lontaran vokal yang sangat padu, Syamel AF kerana terpilih untuk mewakili negara pada acara ABU TV Song Festival di China pada 1 November nanti.

Menerusi satu sumber, Syamel berkata dia sangat teruja kerana terpilih untuk mewakili negara dan akan berkongsi pentas dengan wakil negara Asia Pasifik yang lain di Festival tersebut.

“Apabila diberitahu saya terpilih mewakili Malaysia, memang perasaan sangat teruja dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan itu.

 

“Memang berdebar juga, tapi saya sudah sedia untuk menunjukkan kemampuan sebenar. Saya berharap dapat membanggakan Malaysia,” katanya.

Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

Syamel memberitahu lagi tentang persiapannya untuk festival itu dan dia akan menyanyikan lagunya yang bertajuk Lebih sempurna.

IKLAN

Tambah penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2015 ini lagi, dia akan membuat sedikit perubahan pada persembahannya nanti.

“Disebabkan ia berlangsung di China, saya mungkin akan menukar sedikit lirik kepada bahasa Mandarin.

 

“Saya akan berada di sana selama seminggu, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk mencari ruang mengembangkan nama saya. Saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, manalah tahu selepas ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula,” katanya.

Wow Syamel Terpilih Mewakili Malaysia Di ABU TV Song Festival, China

IKLAN

Sumber memberitahu lagi, festival ini juga bakal menampilkan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan, dan Turkmenistan.

IKLAN

Sekali lagi kami di MH Online mengucapkan tahniah buat Syamel yang terpilih untuk berkongsi pentas bersama penyanyi-penyanyi hebat dari negara lain.

Tidak dapat dinafikan kelunakan suara yang dimiliki oleh Syamel telah membuat ramai yang terpaku mendengar nyanyiannya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI