Memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia tiga tahun, pelakon cilik, Mia Sara Nasuha kini sedang meningkat dewasa.
Genap usianya yang ke-14 tahun, bintang filem Papa I Love You ini telah meraikan ulang tahun hari jadinya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Mengabadikan momen indah sebagai pasangan suami isteri, Raya Ilya dan suami, Trent Garrett ada berkongsi video pendek ketika berbulan madu Langkawi, baru-baru ini.
Video berdurasi hampir dua minit itu antara lain memaparkan detik-detik manis pasangan sama cantik sama padan itu saat dibelai dan dipeluk sebagai simbolik ikatan kasih sayang.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji keserasian pasangan berkenaan.
Terdahulu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad dan Trent, 38, telah mengadakan majlis resepsi di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang, pada 19 September lalu.
Sebelum ini, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 23 Disember tahun lalu di Perth, Australia dalam suatu majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap penyanyi berusia 23 tahun itu yang turut membawa nama ibunya ke pentas seni.
Dalam perkembangan lain, MK bersama ahli kumpulan K-Clique yang dianggotai Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas bakal mengadakan Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Turut sama terlibat di dalam konsert berkenaan ialah Ella, Hujan, Bunkface dan ramai lagi.
Video : Instagram Hot Fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, pelakon Nora Danish tetap meluangkan masa anak-anaknya.
Baru-baru ini, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif gembira melihat telatah anaknya, Mohamed Neqayl Nedim yang kini sudah mahir mengenal bentuk.
“Laughter is the best medicine #mohamedneqaylnedim™️ #cintahatineno,” tulisnya.
Selain itu, peminat turut memuji kebijaksanaan dan kecomelan anak Nora.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Video: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.