Mengabadikan momen indah sebagai pasangan suami isteri, Raya Ilya dan suami, Trent Garrett ada berkongsi video pendek ketika berbulan madu Langkawi, baru-baru ini.
Video berdurasi hampir dua minit itu antara lain memaparkan detik-detik manis pasangan sama cantik sama padan itu saat dibelai dan dipeluk sebagai simbolik ikatan kasih sayang.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji keserasian pasangan berkenaan.
Ads
Terdahulu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad dan Trent, 38, telah mengadakan majlis resepsi di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang, pada 19 September lalu.
Ads
Sebelum ini, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 23 Disember tahun lalu di Perth, Australia dalam suatu majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Teka-teki terjawab apabila pengumuman Top 12 peserta Dewi Remaja 2019 diumumkan di majlis sidang media di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Mempunyai karakter dan personaliti tersendiri, 12 peserta ini bakal melangkah ke peringkat seterusnya dan menghadapi beberapa cabaran untuk merangkul gelaran juara.
Tampil dengan gaya tema pakaian putih-hitam, masing-masing berkeyakinan cat-walk di khalayak ramai dengan mengukir senyuman manis.
Terdahulu, lapan peserta tidak layak mara ke pusingan seterusnya seperti Farzana Zainul, Shahirah Sazali, Aina Shuhada, Nina Ariff, Clara James, Aini Sophi, Hidatul Hikmah dan Farha Nabila.
Penampilan ringkas yang cukup sopan ditampilkan pelakon Ardell Aryana di ruang Instagram miliknya.
Meski hanya berseluar corak pelikat yang digayakan dengan padanan topi, kata Ardell dia hanya wanita biasa dan seorang tukang jahit.
“Back to reality & back to my style. Bukan wanita yang cantik di make up seperti kemarin, bukan lagi wanita bertumit tinggi seperti kemarin & bukan wanita yang semewah itu baju pakaian nya seperti kemarin (Terima kasih semua yang telah berusaha untuk mencantik kan saya dari seorang yang biasa menjadi luar biasa)
“Hakikatnya saya hanya la Biasa-biasa, tukang jahit di @alwadeltailor untuk menyiapkan tempahan pakaian untuk butik-butik dan jahit pukal untuk pemborong & peniaga baru online, bersama team jahit saya,” tulisnya.
A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on Oct 8, 2019 at 8:55pm PDT
Perkongsiannya turut mendapat perhatian rakan artis, Ramona Zamzam misalnya yang menyifatkan wanita ini cukup sempurna seadanya tanpa perlu tumit tinggi atau solekan.
“No sayanggg, you’re doing just fine.
Beauty is not measured by makeup / high heels / baju.
"Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positive, ppl are happy to be around you, dan lain2, dah cukup to make a person beautiful. And that’s you Ardell!
"You’re comfortable in your own way and bukn kacau org pun so what! Biasa2 tu la yg lebih cantik. Be you, you’re beautiful,” balas wanita jelita ini.
Kecantikan terletak kepada mata yang memandang. Malah ia juga merupakan sesuatu yang subjektif.
Foto : Instagram Ardell Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Ain Afini berkongsi pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Adam Aysar pada 12 Jun lalu.
Malah, Ain merakam foto saat Adam dilahirkan dengan jarinya lebam akibat pengambilan ubat antibiotik.
“Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.
“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat Alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir.
“Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa. Rezeki kat situ,” tulisnya.
Vokalis, Ayie Floor 88 bakal memeriahkan program istimewa iaitu ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st anjuran Majlis Belia Negeri Pahang.
Program komuniti berskala besar...