Wow! Lagu Yuna Dimainkan Di Fesyen Show Oscar de la Renta, Bella Hadid Antara Model Runway

Share

Sekeping klip video menunjukkan supermodel, Bella Hadid berjalan di pentas runway untuk pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di samping sebuah lagu yang cukup ‘mesra’ pada halwa telinga. 

Lagu Lullabies dendangan Yuna menjadi pilihan pereka fesyen terkenal untuk mengiringi setiap langkah supermodel.

Yuna di laman Instagram menulis kapsyen “Megababe @bellahadid & grand finale @oscardelarenta #yunalullabies.”

Netizen dilihat cukup teruja melihat artis kesayangan mereka mendapat pengiktirafan luar biasa. Malah mengatakan Lullabies adalah lagu magical ciptaan penyanyi Yang Sebenarnya ini.

Antara selebriti Hollywood yang sering menggayakan Oscar de la Renta seperti Alicia Keys, supermodel Karolina Kurkova, Emily Blunt dan Duchess of Sussex, Meghan Markle.

Foto – Instagram Yuna & Oscar de la Renta

IKLAN