Jumaat lalu telah berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan pengantin baru, Mawar Rashid dan jejaka pilhan hatinya, Raf Yaakob.

Sudah menjadi kelaziman setiap majlis resepsi pasti mempunyai upacara memotong kek oleh pasangan raja sehari.

Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

Apa yang menariknya pada majlis resepsi Mawar dan Raf adalah kek perkahwinan mereka telah mencipta sejarah dalam resepsi persandingan di mana kek yang diberi nama Encahnted Rose itu telah dihiasi dengan Kristal Swarovski pada bahagian juraian lampu gantung mewah.

Lapisan kek pula telah dihisai dengan 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki dan sekaligus menjadi kek tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Jom MH kongsi dengan anda kek yang telah mencipta sejarah ini.

IKLAN

Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

Cantik bukan? Setiap perincian kek juga kelihatan sangat kemas dan membuatkan mata tidak lepas untuk melihat kek tersebut.

IKLAN

Dalam pada itu, majlis yang berkonsepkan Dekorasi Enchanted Garden dan diilhamkan oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman ini telah dihadiri seramai 600 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat dari kedua-dua belah pihak.

Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

Selain itu, majlis tersebut dimeriahkan juga dengan persembahan daripada penyanyi, Imran Ajmain dan ditambah pula dengan kejutan persembahan daripada kawan baik Raf sendiri iaitu CEO Mood Republic, Kimi Iskandar Ismail, penyanyi sedang meningkat popular; Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley; Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley, Kiss From A Rose.

IKLAN

MH dapat merasakan bahang kemeriahan yang berlaku sepanjang majlis tersebut.

Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

Tahniah MH ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini dan semoga masjid yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, pasangan ini telah selamat bernikah hanya dengan sekali lafaz pada 9 November lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI