Ads
Home Uncategorized Wow… Ini Sebab Netizen Kecoh Kerana I Am Me!

Wow… Ini Sebab Netizen Kecoh Kerana I Am Me!

Ads

DSV atau nama sebenarnya, Hasmizah Othman, 44, berharap muzik video single pertamanya itu turut mencatatkan kejayaan sama. Sehingga kini, muzik video arahan Ghaz Abu Bakar sudah pun ditonton hampir 600,000 kali sejak dimuat naik kurang seminggu lalu.

Ads

Wow… Ini Sebab Netizen Kecoh Kerana I Am Me!

Ads
Ads

1.‘Buat kecoh’ di Pavilion

Terdahulu, muzik video yang dilancarkan di Red Box Plus, Pavilion itu kecoh dengan tindakan DSV yang melakukan gimik pelancaran dengan parkir kereta Lamborgini miliknya di lobi pusat membeli-belah berkenaan, lengkap mengenakan pijama merah jambu sambil menjinjit beg tangan mewah. Menurut pengasas kecantikan ini, dia sengaja mengambil inspirasi memakai baju tidur sebagai simbolik kepada ‘mimpi menjadi nyata’ yang bukan hanya anganan semata-mata, tetapi impian perlu disusuli usaha berterusan.

 

2.Kos sekitar RM1 juta!

Ditanya mengenai kos keseluruhan muzik video itu, selebriti berasal dari Machang, Kelantan itu mengakui sanggup melabur sekitar RM1 juta bagi memenuhi impiannya melahirkan muzik video sarat elemen glamor dan mewah. Bagaimanapun, menurutnya, kos tersebut termasuk barang kemas, persalinan dan kostum.

 

3.Ambil inspirasi Katy Perry

MH difahamkan, DSV mengambil inspirasi beberapa muzik video penyanyi antarabangsa sebagai rujukan untuk muzik video I Am Me. Antaranya ialah muzik video penyanyi pop, Katy Perry yang disifatkan DSV sebagai antara yang tercantik kerana dilatari warna-warna ceria. Pun demikian, DSV menolak apabila babak menyanyi di dalam tab mandi sebagai menciplak idea menerusi muzik video Taylor Swift, Look What You Made Me Do. Katanya, idea itu sudah diterjemahkan awal sebelum tahu Swift menampilkan adegan hampir sama.

 

4.Sasar pasaran antarabangsa

DSV yang dikenali sebagai individu bercita-cita tinggi mengakui, dia  berharap single pertamanya ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa, khasnya dari negara serantau dan negara Arab. Kongsinya, setakat ini dia menerima reaksi positif terhadap muzik video lirik I Am Me  dari negara berkenaan.

 

5.Idea bulu ayam kerana frasa ‘ayamee’

DSV mengambil masa lebih tiga minggu mencari ilham dan idea sebagai latar utama di dalam muzik video lagu tersebut dan akhirnya mendapat idea apabila frasa ‘I Am Me’ sering diparodikan sebagai ‘ayamee’. Lalu, mendapatkan kostum bulu ayam di Bangkok, Thailand. DSV turut mengenakan beberapa persalinan sarat ‘bling-bling’.

 

6.Sasar 100 juta dalam tempoh tiga bulan

Tidak mahu memandang ke belakang, DSV optimis menyasarkan lebih 100 juta kali tontonan dalam tempoh tiga bulan terawal. Katanya, dia perlu bekerja lebih keras dalam soal promosi demi memastikan impian tersebut dapat direalisasikan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI