“Wow Hensemnya Abang Bomba…”- Ada Netizen Melting Tatap Foto Redza Rosli Pakai Uniform Bomba!

Share

Terbaru pelakon Redza Rosli telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai uniform bomba di akaun Instagram miliknya.

“Banyak yang kita dengar tentang kehilangan perwira bomba. Kehilangan nyawa demi menyelamat nyawa yang lain. Al-Fatihah.”

“Dengan rasa penuh tanggungjawab, saya Hairi, perwira anda dalam Bomba The Series 2.
#Hairi #BombaTheSeries #RedzaRosli #RRSupporters #RR” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji Redza yang kelihatan segak dan tampan ketika memakai uniform bomba.

Tambahan pula, Redza kini tampil dengan imej yang berbeza dengan membuang jambang yang membuatkan Redza kelihatan lebih kacak.

Alahai, segak betul Redza sekarang. Bertuahlah siapa yang dapat menambat hati Redza.

Untuk rekod, Redza Rosli dikenali menerusi beberapa drama lakonannya seperti Ku Kirim Cinta di TV3 di samping Ayda Jebat.

Foto : Instagram Redza Rosli

IKLAN