MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa negara kita, Malaysia menduduki tangga pertama di mana rakyatnya yang mengalami masalah obesiti.

Mungkin hal ini berlaku disebabkan faktor cara pemakanan yang tidak sihat oleh segelintir masyarakat di negara kita ini.

Bercakap tentang obesiti ini, MH tertarik dengan salah satu posting daripada pelakon senior popular, Jasmin Hamid yang berkongsi gambar dirinya bersama anaknya.

Gambar yang dikongsi oleh pelakon ini menunjukkan dua gambar dahulu dan sekarang di mana anaknya sebelum ini sedikit besar badannya dan yang terkini sudah kurus.

IKLAN

Menerusi ruang kapsyen, Jasmin berkata ada suatu ketika dia mengakui risau dengan badan anaknya apabila doktor mengatakan yang anaknya itu mengalami masalah obesiti.

Namun begitu, selepas menginjak ke alam remaja, anaknya mula menjaga pemakanan dan tidak makan nasi selama setahun.

Dalam pada itu, Jasmin juga sempat berpesan kepada para ibu dan bapa di luar sana yang mempunyai anak obesiti supaya tidak risau kerana apabila mereka semakin membesar, dengan sendirinya mereka akan mula berfikir untuk menjaga badan.

IKLAN

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

“Big Boss @ihmian bam bam sebab suka gomol perut dan pipi pau dia.. ??????
Saya pernah risau tentang Big Boss bila doktor kata Big Boss Obes.. Tapi bila dah masuk sekolah Menengah, dengan sendirinya Big Boss diet.. Setahun Big Boss tak makan nasi ,uols.. Yelah… Dah masuk fasa remaja, mestilah nak bergaya kan.. Dah pandai berfesyen. Malu bila orang panggil GENDUT… So pada uols yang ada anak Obes, jangan risau sangat sebab nanti diaorang sendiri yang akan diet sebab nak RUNCING.. Percayalah… Usaha tangga kejayaan ?
Hebat Bukan?,” tulis Jasmin.

Rata-rata peminat dan pengikut Jasmin setuju dengan apa yang pelakon ini katakan kerana mereka juga mempunyai anak yang berbadan besar namun akhirnya pandai menjaga pemakanan untuk tampil lebih kurus.

IKLAN

rohaninkids: Mmg la kita mak2 ni risau klu tgk anak2 kita gemuk dn x berapa aktif. Tpi Alahamdulillah by the time semuanya berubah…anak sy pn dulu mcm tu jgk skrg dh remaja ni pandai plk jaga diri dn bergaya

ladyliza_z: Ye betul mcm ank sy

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI