Wow Cayalah! Siti Nurhaliza Susut 17.8kg Lepas Bersalin

Teruja MH apabila melihat gambar terkini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan langsing.

Menerusi akaun Instagram Siti, penyanyi ini berkongsi gambar terkininya semasa membawa puterinya, Siti Aafiyah membuat rawatan susulan.

Di ruang kapsyen perkongsian Siti ini, selain berkongsi pengalamannya melihat Siti Aafiyah diambil darah, dia juga menyatakan bahawa berat badannya telah susut sebanyak 17.8kg selepas bersalin.

Wow! Kagum MH dengan jumlah penurunan berat badan yang agak banyak dari Siti.

IKLAN

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis??.. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg.. ???banyak lagi kena turun ni!! ?,” tulis perkongsian Siti.

Nampaknya rata-rata peminat Siti juga turut teruja melihat artis pujaan mereka ini semakin langsing.

lidaqasehicloud.com1344: Lps bersalin @ctdk nampak muda la n cantik ?

ezaniewedding_ejaezanie: Cepatnya turun kurus n makin berseri seri Kak CT..?

ehagojezz: Bestnye @ctdk trn brt almost 20kg….wowww so inspired…apa rahsianye????

IKLAN

yunaahusna: yeayyy!!!! dah kurus n bertambah2 lawaaaa?❤

MH doakan usaha Siti untuk menurunkan lagi berat badan dipermudahkan dan buat Siti Aafiyah semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik serta menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya nanti.

Sumber: Instagram CTDK